Relevankah Anugerah Bolasepak 2020?

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan menjadi tumpuan setiap tahun dan dinantikan semua peminat bola sepak untuk melihat pemain serta pasukan mereka meraih kejayaan dengan anugerah yang ditawarkan.

Kebiasannya anugerah ini akan dilangsungkan selepas tamat kejohanan terakhir bola sepak, Piala Malaysia. Tapi disebabkan Piala Malaysia tahun ini dibatalkan berikutan wabak Covid-19, penganjuran anugerah ini sekarang menjadi tanda tanya.

Sama ada ia akan diteruskan atau dibatalkan terus untuk edisi tahun ini. Susah sebenarnya untuk menilai prestasi pemain tahun ini berikutan hanya liga satu pusingan sahaja dilangsunkan. Malam selain Piala Malaysia, Piala FA turut terkesan dan dibatalkan.

Menurut petikan daripada Utusan Malaysia, bekas pemenang Penyerang Terbaik edisi pertama ABK, Rudie Ramli mengharapkan agar anugerah ini dapat diteruskan dengan mungkin bilangan anugerah yang ditawarkan dikurangkan mengikut kesesuaian.

“Kalau boleh teruskan ABK kerana secara tidak langsung mengubat duka pemain dan pasukan yang tidak dapat menikmati saingan Liga Malaysia tahun ini.”

Apa-apa pun sekarang kita kena tunggu pengumuman rasmi daripada penganjur, Malaysian Football League.

Berikut senarai penuh pemenang ABK 2019:

Pemain Paling Bernilai – Safawi Rasid
Pemain Muda Harapan – Akhyar Rashid
Jurulatih Terbaik – Dollah Salleh
Penyerang Terbaik – Safawi Rasid
Pemain Tengah Terbaik – Mohamadou Sumareh
Pertahanan Terbaik – Shahrul Saad
Penjaga Gol Terbaik – Farizal Marlias
Pemain Import Terbaik – Diogo Luis Santo
Pemain ASEAN Terbaik – Hariss Harun
Pemain Paling Popular – Safawi Rasid
Pasukan Terbaik – Johor Darul Ta’zim
Penyokong Terbaik – Johor Darul Ta’zim
Anugerah Fairplay – Terengganu FC II
Kasut Emas – Fernando Rodriguez
Penjaring Terbanyak (Liga Super) – Kpah Sherman
Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Super) – Safawi Rasid
Penjaring Terbanyak (Liga Premier) – Zarko Korac
Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Premier) – Bobby Gonzales
Anugerah Mesra Media – B. Sathianathan
Laman Web Terbaik – Johor Darul Ta’zim
Media Sosial Terbaik – Johor Darul Ta’zim
Anugerah Persahabatan – Datuk Nicol David & Datuk Wira Lee Chong Wei
Anugerah Komuniti – The Ohana Project
Anugerah Pengadil Berpotensi – Tuan Mohd Yassin
Pemain Terbaik AFL – Fakhrul Zaman
Pasukan Terbaik AFL – Armed Forces FC