Rangkuman Perlawanan Liga Futsal Smart Selangor Siri 4

Seperti yang dijangka siri terakhir kelayakan Liga Futsal Smart Selangor telah mendapat sambutan yang hangat kerana ini adalah peluang terakhir buat kesemua pasukan untuk mendapatkan mata bagi menempatkan pasukan mereka di kelompok 16 terbaik.

Siri terakhir tempoh hari turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Amirudin Shaari yang merupakan Exco Sukan dan Kebudayaan Negeri Selangor. Beliau tampak begitu gembira dengan bakat-bakat muda terutama dari Negeri Selangor dan percaya mereka semua ini akan menjadi pemain futsal berjaya satu hari nanti.

Selain itu, YB juga berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan akhir antara MYG C dan MYG A bagi kategori terbuka manakala Charo FT dan Ally FT A bagi kategori bawah 17 tahun.

Selepas ini 16 pasukan bagi kedua-dua kategori akan bertanding di Liga Futsal Smart Selangor yang dijangka akan bermula pada bulan April nanti. Nantikan pengumuman rasmi menerusi laman sosial Sukan Smart Selangor dalam masa terdekat ini.

Senarai pemenang bagi perlawanan liga futsal smart selangor siri 4:

Terbuka

Juara - MYG C
Naib Juara - MYG A
Ketiga Bersama -TOT United A & Jerro Tornado

Bawah 17

Juara - Charo FT
Naib Juara - Ally FT A
Ketiga Bersama - Cunin FT & Putra MB