Rangkuman Hari Kedua Minggu Ke-3

Perlawanan diteruskan pada hari kedua. Menyaksikan perlawanan pembukaan hari, Terengganu berjaya menewaskan Perak dengan jaringan, 4-3. Pelbagai aksi yang menarik yang dipamerkan oleh pemain setiap pasukan.

Pada hari ini, perlawanan yang berjaya menjadi tumpuan penonton bagi kategori lelaki adalah perlawanan di antara Melaka United menentang Kuala Lumpur. Pasukan Kuala Lumpur berjaya mendahului jaringan pada babak yang pertama.

Walaubagaimanapun, Melaka United berusaha keras mendapatkan jaringan. Seterusnya, berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan, 2-1.

Manakala, perlawanan tumpuan bagi kategori wanita pula adalah perlawanan di antara Sabah menentang Felda United. Sabah berjaya mendahului dengan 2 gol di hadapan. Namun, ianya tidak kekal lama apabila Felda United bangkit menyamakan kedudukan sehingga ke wisel penamat.

Keputusan perlawanan pada hari ini:

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie