Pusingan Kelayakan Kedua Liga Futsal Smart Selangor

Selepas pusingan kelayakan pertama Liga Futsal Smart Selangor 2018 berlangsung dengan jayanya kini pusingan kedua bakal menemui anda pada 11 Februari ini di Ferro Futsal Subang Jaya.

Pusingan kelayakan ini adalah peluang untuk setiap pasukan mengumpul mata tertinggi untuk melayakkan pasukan mereka beraksi dalam liga utama yang akan bermula pada bulan Mac nanti.

Hanya 16 pasukan terbaik bagi setiap kategori dengan mata tertinggi akan layak untuk beraksi dalam saingan utama bagi Liga Futsal Selangor 2018 ini nanti.

Selepas kelayakan kedua minggu ini 2 lagi kelayakan akan berlangsung pada 24 Februari dan 10 March depan. 3 kelayakan ini menjadi peluang terbaik untuk pasukan anda meraih sebanyak mata yang mungkin.

Kedudukan mata terkini menerusi pusingan pertama kelayakan :

Kategori Terbuka

Tot United B - 6 Mata

Hyper Rich - 4 Mata

GB FC - 3 Mata

Puchong Fuerza - 3 Mata

*Kesemua pasukan yang bertanding tempoh hari diberikan satu mata

 

Kategori bawah 17

RSP Titan - 6 Mata

Court Soccer B - 4 Mata

RSP Titan C - 3 Mata

Remaja MBSA - 3 Mata

*Kesemua pasukan yang bertanding tempoh hari diberikan satu mata