Puchong Fuerza unggul di Kia Champ Into The Arena Road to France

Kia Champ Into the arena antara satu kejohanan yang menjadi pilihan buat kesemua pasukan-pasukan amatur di Malaysia. Ia kerana pemenang bagi kejohanan ini bukan sahaja bakal membawa pulang hadiang wang tunai tetapi mereka juga bakal mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia Champs Into The Arena

Pada edisi kali ini bersempena dengan kejohanan Euro 2016 peringkat akhir Kejohanan Dunia Champs Into The Arena ini akan berlangsung di France sekaligus ia akan memeriahkan lagi Euro 2016. Kejohanan yang memasuki edisi ketiga, dimana sebelum ini pasukan Bertam Ulu dan Dani FC telah mewakili Malaysia dan lebih menarik pasukan Dani FC Berjaya mendapat tempat kedua Kejohanan Dunia Champs Into The Arena yang berlangsung di Salvador, Brazil pada tahun 2014.

Pada pusingan peringkat Malaysia ia telah berlangsung di SportPlanet Ampang pada hujung minggu lalu dimana 69 pasukan dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian pada kejohanan ini. Rata-rata kesemua pasukan telah menunjukkan aksi terbaik sepanjang kejohanan namun rezeki berpihak pada pasukan Puchong Fuerza yang menjuarai kejohanan ini.

Perlawanan akhir yang sengit diantara finalis iaitu pasukan Puchong Fuerza dan MAC FC telah mengheret perlawanan ini ke penentuan sepakan penalti dan pasukan kendalian Azrul Izwan ini Berjaya memadamkan impian pasukan lawan dan memenangi kejohanan ini.

Puchong Fuerza akan ke Kejohanan Dunia Champs Into The Arena pada bulan julai nanti. Semoga Berjaya buat pasukan puchong fuerza dan diharap dapat mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.

Senarai pemenang Kia Champ Into the Arena

Juara : Puchong Fuerza
Naib Juara : MAC FC
Ketiga : RAFF MBC
Keempat : Ally FT

13091959_10154126613079798_2935448794414524709_n13087745_10154126612974798_6521288198920311817_n13087680_10154126612789798_4977714423185814972_n