Puchong Fuerza membawa nama negara di bumi Perancis

Puchong Fuerza akan membawa nama negara di  Perancis apabila mereka akan menyertai kejohanan peringkat antarabangsa iaitu Kia Champ Into The Arena peringkat akhir bermula 1 julai ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kia Motors dan ia berlangsung di Bordeaux, Perancis bersempena Euro 2016. Selain dapat beraksi di kejohanan ini, para pemain Puchong Fuerza juga akan diberi peluang untuk menyaksikan salah satu perlawanan peringkat suku akhir Euro 2016 secara langsung.

 

13439098_10209001588133566_5703841767095076333_n

 

Menurut Azrul Izwan Abdul Rahim pengurus pasukan Puchong Fuerza, beliau yakin para pemain nya dapat memberikan saingan yang sengit kepada pasukan pasukan lain di sana. Sebelum berlepas ke Bordeaux, Perancis mereka telah melakukan persiaapan yang rapi menjelang kejohanan berprestij ini.

"Kami telah menjalankan latihan intensif dua kali seminggu dan selain itu kami juga menyertai kejohanan amatur di hujung minggu bagi mengekalkan kecergasan dan memantapkan tektikal serta persefahaman kami", ujar beliau.

Mengulas mengenai kejohanan ini yang berlangsung di bulan ramadan, menurut Azrul ia mungkin akan memberi sedikit kesan tetapi dengan niat yang betul segala urusan akan dipermudahkan untuk pasukan saya sepanjang berada di sana, apa jua keputusan mereka di sana saya sentiasa akan memberikan sokongan moral pada pasukan saya.

"sebagai pengurus pasukan harapan saya agar mereka berjaya membawa balik piala ke tanah air kita serta dapat mengharumkan nama malaysia di peringkat antarabangsa" tegas Azrul.

13091959_10154126613079798_2935448794414524709_n