Produk Liga Haram

Esok bakal berlangsung pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan bagi musim 2014/2015. 4 pasukan terbaik bakal melayakkan diri ke Liga musim hadapan.

Apa yang menarik pada pusingan kelayakan edisi kali ini adalah. Kehadiran beberapa pasukan baru yang bakal mewarnai liga futsal kebangsaan kita.

Dua pasukan yang menarik perhatian kami adalah pasukan KL MK yang akan bertanding atas nama Kuala Lumpur dan pasukan MN Ambush yang bertanding atas nama KL City. Pemain kedua –dua pasukan ini majoriti adalah produk daripada liga haram.

Pasukan-pasukan ini tidak asing lagi dalam kancah liga haram di Malaysia, kini mereka menyahut cabaran baru apabila bakal bertanding dalam liga yang lebih kompetitif. Pasti menarik untuk melihat kelibat kedua-dua pasukan ini.

Pusingan cabutan undi telah berlangsung sebentar tadi di Wisma FAM. Kedua-dua pasukan ini telah diundi dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan A bersama 2 pasukan lain iaitu pasukan KL SPA FC dan Kedah Bernas.

Mereka akan bertembung pada perlawanan pertama pada esok hari pada jam 12 tengah hari di KSL, Sri Gombak. Ayuh beramai-ramai kita memberi sokongang kepada kesemua pasukan yang akan bertanding.