POLITEKNIK SELANGOR MUNCUL JUARA LIGA FUTSAL POLITEKNIK MALAYSIA (LFPM) 2020

Feb 24, 2019 – Tanjong Malim, Perak: Politeknik Selangor membuktikan kehebatan dalam arena futsal politeknik malaysia apabila menjuarai Kejohanan Liga Futsal Politeknik Malaysia (LFPM) 2020 buat kali ke empat selepas berjaya memenangi perlawanan akhir semalam yang berlangsung di Arena UPSI, Perak. Kejayaan Politeknik Selangor itu sekaligus berjaya mengungguli kembali trofi yang dimenangi pada LFPM 2018.

Dengan kemenangan itu membolehkan Politeknik Selangor membawa pulang, piala kejohanan dan sijil manakala Politeknik Terengganu berpuas hati ditempat kedua diikuti pasukan Politeknik Pahang ketiga.

Kejohanan yang berlangsung selama 6 hari itu di anjurkan oleh Majlis Sukan Politeknik (MSP) membabitkan penyertaan 15 pasukan politeknik negeri. Kejohanan turut disertai pasukan terbaik politeknik dari seluruh negara antaranya juara bertahan, Politeknik Pahang, Politeknik Melaka, Politeknik Terengganu, Politeknik Perak, Politeknik Negeri Sembilan, Politeknik Perlis dan Politeknik Kedah.

Sementara itu, Jurulatih Pasukan Politeknik Selangor, Ahmad Khairi Aswad Bin Ishak berkata, “misi utama pasukan adalah menjadi kelompok 3 pasukan terbaik memandangkan saingan di peringkat liga sangat kompetitif dan semua pasukan bersedia dalam keadaan yang terbaik. Namun, gabungan pemain lama dan baru yang dibentuk kira-kira tiga bulan yang lalu menjadi ramuan untuk menjuarai kejohanan kali ini. Walaupun berdepan tekanan pasukan-pasukan lain di peringkat awal, persiapan rapi dari segi mental dan fizikal berjaya mengekalkan rentak pasukan sehingga tamat kejohanan.”

Trofi kejuaraan dan hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua MSP, Tuan Haji Muhamad Rumzi Bin Mamat sambil diiringi Pengarah-pengarah Politeknik serta wakil penaja, EFS Futsal yang turut hadir menyaksikan perlawanan terakhir.