Politeknik Sarawak membawa harapan idam kejuaraan

Jika melihat suasana dan perkembangan futsal terutama di semenanjung amat kompetitif sekali dengan kejohanan amatur sehingga la kejohanan besar seperti Liga Futsal Kebangsaan dan juga Liga IPT. Berbeza cerita bagi arena futsal di Sarawak yang masih ketinggalan dan tidak berkembang memandangkan kekurangan kejohanan ini.

Merungkai mengenai perkara ini, Pengurus merangkap jurulatih pasukan Politeknik Sarawak Encik Abu Zaid Abu Bakar berkata bahawa secara umumnya ramai pemain berbakat di Sarawak namun mereka tidak ada ruang untuk mengembangkan bakat yang ada.

"Salah satu lagi punca kelembapan kemajuan futsal di Sarawak adalah penganjuran kejohanan hanya mengharapkan agensi kerajaan sahaja. Manakala bagi syarikat swasta di Sarawak masih tidak berminat untuk menganjurkan kejohanan futsal. Sedangkan belia-belia dan peminat futsal sentiasa dahagakan kejohanan besar mahupun kecil" kata beliau.

d79433e4-d1e2-4061-a166-ecb19024294b

Liga IPT zon Borneo telah membuka ruang kepada barisan pemain Abu Zaid apabila Politeknik Sarawak akan beraksi di liga ini yang bermula hari ini dan mereka akan menentang pasukan jiran UNIMAS di perlawanan pertama.

"Jika dilihat di atas kertas pasukan Politeknik Sarawak adalah pasukan "under dog" berbanding pasukan lain yang tampak lebih kuat seperti UMS dan UNIMAS. Walau bagaimanapun, kami akan bagi persembahan yang terbaik di kejohanan ini dimana sasaran pasukan kami adalah layak ke final" tegas Abu Zaid.

"Harapan Pihak Pengurusan Politeknik Kuching Sarawak untuk memenangi Kejohanan di Borneo & sekaligus mewakili Borneo ke Piala KFIPT. Jika rezeki berpihak kepada kami, kami akan membawa cabaran tersebut"

Tambahnya;

"Politeknik Sarawak pernah layak ke Grand Final KFIPT 2014, dimana pasukan kami hanya setakat di peringkat kumpulan sahaja. Pada waktu itu, pasukan Politeknik Sarawak baru kali pertama layak dan baru pertama kali merasakan kehangatan kejohanan tersebut. Tetapi sekiranya layak, insyaAllah sasaran pasukan Politeknik Sarawak adalah layak ke suku akhir" kata beliau.

6ce89df2-4e75-452e-9bbb-beb2b3e2757d

Baru-baru ini ini juga pasukan Politeknik Malaysia telah berjaya peroleh tempat 3 di satu kejohanan di Indonesia dan Politeknik Sarawak juga menyumbang kearah kejayaan tersebut apabila salah seorang pemain mereka turut dipanggil untuk menguatkan pasukan Politeknik Sarawak iaitu saudara Azlan Shah bin Tahir.

"Sebenarnya saya sentiasa bekerjasama dengan Politeknik Malaysia untuk melahir dan melatih seramai pemain yang berbakat di Politeknik Sarawak supaya para pelajar ini diberi peluang dan ruang untuk mengambil pengalaman dan pendedahan di luar negara mahupun di luar Sarawak. Selain itu, politeknik sarawak masih memiliki pemain yg baik untuk diketengahkan di masa akan datang dan saya berharap pemain Politeknik Sarawak dapat memberikan persembahan yg baik semasa kejohanan IPT Borneo nanti.