Politeknik Pahang Rampas Kejuaraan

Impian Politeknik Selangor untuk mengekalkan kejuaraan Liga Futsal Politeknik Malaysia 2016 tidak kesampaian apabila mereka terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan seteru mereka Politeknik Pahang dengan jaringan 3-2.

Kelekaan pemain Politeknik Selangor memakan diri sendiri apabila pada saat terakhir babak separuh masa kedua pasukan Politeknik Pahang berjaya menjaringkan gol penyamaan dan mengheret perlawanan ke tambahan masa.

dfed615a-3785-41aa-ace7-50a0f0372378

Bermula babak tambahan masa kedua-dua melakukan serangan bertali arus untuk mendapatkan jaringan kemenangan. Ketangkasan penjaga gol Politeknik Pahang banyak mematikan serangan-serangan pasukan lawan dan kelebihan itu juga dipergunakan sebaik mungkin oleh barisan serangan pasukan Politeknik Pahang dan akhirnya mereka berjaya menemui jaringan gol dan mendahului perlawanan tersebut dengan jaringan 3-2.

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel tamat dibunyikan dan ia memberikan kemenengan yang sangat beharga buat anak anak buah Zamri Sa’at ini. Mereka berjaya merampas kejuaraan ini daripada Politeknik Selangor dan membawa pulang piala pusingan kejohanan ke Pahang.

“Saya rasa amat bersyukur kerana pasukan Politeknik Pahang berjaya merampas kejuaraan untuk tahun ni. Pemain saya telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mereka tidak mengenal erti putus asa sepanjang kejohanan ini” kata Zamri Sa’at.

Beliau juga berkata kemenganan ini bukan satu kemenangan yang mudah, tentangan sengit diberikan oleh pasukan Politeknik Selangor sepanjang perlawanan akhir berlangsung. Malah mereka hampir untuk mendakap kejuaraan namun rezeki memihak kepada pasukan Politeknik Pahang pada kali ini.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan serta kesemua pemain yang sanggup berkorban masa, tenaga untuk merealisasikan impian mereka pada tahun ini untu bergelar juara LFPM 2016”.

Untuk perancangan seterusnya ketika ditanya Ketua Jurulatih Politeknik Pahang ini, beliau ingin membawa pemain-pemain ini ke peringat yang lebih tinggi seperti Liga Futsal Kebangsaan jika diberikan peluang seperti apa yang diperkatakan oleh Encik Rasyidi Abdullah penolong penyelaras pusat pembangunan sukan Futsal Politeknik Malaysia serta merangkap juga Pengurus Pasukan Futsal Lelaki Politeknik Malaysia tahun ini pihak pengurusan ingin menghantar pasukan ke pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan.

Menurut Rasyidi Abdullah, secara kesuluruhannya kejohanan ini telah mencapai objektifnya. Jika dibandingkan dengan edisi lepas, tahun ini pelbagai kejutan telah berlaku dan kesemua pemain dan pasukan telah menunjukkan aksi yang menarik sepanjang kejohanan.

"Jika dilihat pada kesemua aksi pemain tempoh hari lebih 20 pemain baru telah menarik perhatian pihak pengurusan Politeknik Malaysia dan mereka akan dipanggil menyertai latihan pusat yang akan berlangsung sebelum bulan puasa nanti di Kuantan, Pahang" ujar beliau,

Keputusan penuh Liga Futsal Politeknik Malaysia (LFPM) 2016

Lelaki
Johan : Politeknik Pahang
N. Johan Politeknik selangor
Ke-3 Politeknik Terengganu
Ke-4 Politeknik Kedah

Wanita
Johan Politeknik Sabah
N. Johan Politeknik Sarawak
Ke-3 Politeknik Pahang
Ke-4 Politeknik Kelantan

Pemain terbaik kejohanan (W  )
Neryana Tadom (Politeknik Sabah)

Gk terbaik kejohanan (W)
Fiona Ubong Nawan (Politeknik Sarawak)

Pemain terbaik kejohanan (L)
Muhamad Shafiq bin Mohd Tahir (Politeknik Selangor)

Gk terbaik kejohanan (L)
Mohd Danial bin Mohd Zahari (Politeknik Pahang)

 ec5b8963-4cf1-4705-ab60-a43ad820549d