Politeknik Malaysia Pencabar Baru Liga Super

Jika sebelum ini Liga Super Liga Futsal IPT didominasi oleh pasukan-pasukan seperti UiTM, UniKL, UPSI dan Kolej Komuniti Selangor kini Politeknik Malaysia muncul sebagai pencabar baru musim ini. Ini dibuktikan apabila Politeknik Malaysia mengakhiri fasa 1 di kedudukan pertama liga dengan meraih 9 mata penuh.

Mereka yang hadir selaku pasukan baru di Liga Super musim ini tidak menunggu lama untuk membuktikan kemampuan dengan meraih kemenangan selesa bagi 3 aksi pertama mereka di fasa 1 ini. Menang 8-3 lawan UNITEN Putrajaya, 8-1 lawan UNISZA dan 8-3  lawan UniKL.

Kami sempat untuk menghubungi pengurus Politeknik Malaysia, Rashidi Abdullah untuk bertanyakan mengenai pencapaian pasukan ini setakat ini.

AFM : Tahniah coach atas pencapaian Politeknik Malaysia di fasa 1. Boleh coach komen sedikit mengenai prestasi pasukan.

RA : Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Allah SWT, dengan Izinya kami mendapat kemenangan dalam 3 perlawanan pada pusingan pertama. Semua kemenangan adalah usaha berterusan pihak pengurusan Politeknik Malaysia khususnya Majlis Sukan Politeknik yang membantu dalam persiapan persediaan awal pembentukan pasukan. Selain itu saya dibantu oleh staf kejurulatihan yang berpengalaman diketuai Zamry bin Ahmad Mokhtaran. selaku ketua jurulatih. Mereka sebenarnya tulang belakang pasukan yang menjayakan misi 9 mata untuk pusingan pertama. Tidak lupa juga hero-hera saya iaitu pemain. Saya ucapkan tahniah dan syabas dengan komitmen yang mereka berikan. Jasa mereka kepada pasukan tidak saya lupakan. Penat dan lelah mereka semasa bermain dibayar dengan 3 kemenangan.

AFM : Fasa 2 akan berlangsung September depan. Apa perancangan Politeknik Malaysia untuk mengekalkan prestasi para pemain ini.

RA : Perancangan kami selepas ini adalah untuk menyertai SUKMA 2018 pada bulan 9 nanti sebelum fasa 2 bermula dimana 95% pemain kami akan mewakili Pasukan Futsal SUKMA Kedah di bawah bimbingan Mohd Saiful Bin Md Noor iaitu bekas pemain futsal kebangsaan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak Pengurusan Politeknik Malaysia kepada Majlis Sukan Negeri Kedah kerana memberi kepercayaan kepada team Politeknik Malaysia dalam membawa nama Kedah di SUKMA nanti. Semoga dengan kolaborasi sebegini akan dapat meningkat prestasi pemain-pemain kami sebelum mengharungi fasa 2 Liga Futsal IPT nanti.

AFM : Pasukan UiTM turut berjaya meraih 9 mata penuh di fasa 1 dan mereka berada di kedudukan kedua liga di belakang Politeknik Malaysia. Pertemuan antara kedua-dua pasukan ini bakal menjadi tumpuan di fasa 2 nanti. Apa komen coach.

RA : UiTM adalah pasukan yang baik dan mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman. Banyak yang kami boleh belajar daripada mereka. Namun, kami cuba untuk memberi saingan kepada pasukan UiTM nanti. Nantikan perlawanan itu nanti.

AFM : Musim pertama di Liga Super apa harapan coach untuk pasukan Politeknik Malaysia.

RA : Memandangkan kami pendatang baru dalam liga super, cukuplah kami sekadar memberi saingan dan cabaran kepada pasukan-pasukan kuat seperti UiTM,UPSI dan Kolej Komuniti Malaysia.

 

Foto kredit : Media UMT