“Pihak penganjur kejohanan ini telah melakukannya dengan baik sekali” Taufik Yaiyah.

Pertama kali melibatkan diri di Kejohanan Liga IPT pada tahun lalu sebagai jurulatih beliau berjaya membawa pasukan KK Johor mendapat tempat ketiga. Satu pencapaian yang baik buat beliau dan pasukannya yang baru sahaja ditubuhkan. Jurulatih yang dimaksudkan adalah saudara Taufik Yaiyah.

Pada musim ini beliau mengambil satu cabaran yang baru apabila beliau telah membawa pasukan yang baru di Kejohanan Liga Futsal IPT iaitu pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Permulaan yang baik buat beliau apabila pasukan UKM berjaya melayakkan pasukan untuk beraksi di Liga Premier Kejohanan Liga IPT musim 2016 ini.

1914773_984601851634189_1446471222182296716_n

 

Ikuti temubual wartawan Arena Futsal Malaysia dengan bekas pemain Selangor, Selangor PKNS dan Kuala Lumpur MK yang beraksi di Liga Futsal Kebangsaan ini.

AFM : Tahniah kami ucapkan kepada coach dan pasukan UKM kerana berjaya menempatkan pasukan ke Liga Premier. Boleh coach komen sedikit mengenai pencapaian ini.

TY : Terima kasih buat Arena Futsal Malaysia atas ucapan tahniah. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana UKM berjaya menempah slot ke Liga Premier LFIPT 2016 yang bakal berlangsung pada bulan Mei 2016 nanti. Walaupun pada mulanya saya meletakkan sasaran ke Liga Super namun saya terpaksa akur apabila terkandas pada pusingan ketiga saingan tetapi saya amat berbangga dan gembira dengan semangat juang pemain saya yang bangkit kembali berjuang habis-habisan untuk merebut tiket ke Liga Premier dan alhamdulillah perjuangan kami membuahkan hasil.

AFM : Pasukan UKM boleh dikatakan satu pasukan yang baru malah coach juga baru saja membimbing pasukan ini, bagaimana kerjasama yang diberikan oleh kedua dua pihak.

TY : Alhamdulillah kerjasama diantara saya dan pemain serta pihak pengurusan UKM amat baik.Saya amat selesa bekerja di bawah Pengurus Futsal UKM,En.Hairol Isa. Walaupun masih baru dalam saingan LFIPT ini tapi kami sangat optimis dan bersemangat mempersiapkan pasukan sebelum ke kejohanan.

AFM : Sebagai jurulatih boleh coach komen sedikit mengenai pemain serta pasukan IPTA/IPTS sedia ada kini.

TY : Apa yang saya lihat,setiap pasukan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan pemain-pemain terbaik mereka . Ini satu petanda yang baik buat industri futsal Malaysia. Ramai bakat - bakat muda yang boleh diketengahkan. Di samping itu juga saya ingin memuji pihak penganju kejohanan ini yang telah melakukannya dengan baik sekali.

AFM : Ada tahun lalu coach berjaya membawa pasukan Kk Johor mendapat tempat ketiga di Grand Final IPT. Jadi buat pasukan baru ini apakah harapan coach?

AFM : Untuk pasukan UKM,kami akan bertanding di Liga Premier bermula Mei ini,sasaran saya untuk saingan ini adalah menjuarai Liga Premier sekaligus melayakkan diri ke Liga Super pada tahun akan datang. In shaa Allah.

10408937_985403431554031_7554936207408084948_n

Foto Kredit : Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)