Pertemuan Malaysia Dan Indonesia Sangat Penting - Saiful Nizam

Kejohanan Futsal AFF 2016 yang akan bermula esok menempatkan pasukan futsal Harimau Malaysia berada di kumpulan B bersama pasukan Indonesia, Loas dan juga Myanmar.

Mereka akan membuka tirai di Kejohanan Futsal AFF 2016 dengan bertemu pasukan Indonesia (23 Januari) , Loas (24 Januari) dan juga Myanmar (25 Januari)

Perlawanan yang akan menjadi tumpuan adalah perlawanan antara pasukan futsal Harimau Malaysia dengan pasukan Indonesia.

Jika mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini, kelebihan berpihak kepada pasukan Indonesia namun itu semua adalah sejarah dan pertemuan mereka pada 23 Januari ini akan membuka cerita baru.

Jika kemenangan berpihak kepada pasukan futsal Harimau Malaysia ia akan memberikan satu kelebihan buat mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

Jika layak ke separuh akhir, mereka akan bertemu pasukan dari Kumpulan A yang terdiri daripada Thailand, Brunei dan Timor-Leste pada 27 Januari untuk memburu tempat ke pentas final pada 29 Januari.

Menurut pemain senior pasukan futsal Harimau Malaysia, Saiful Nizam beliau berkata perlawanan pertama menentang Indonesia adalah perlawanan yang amat penting untuk pasukan Malaysia.

"Kami harus menang pada perlawanan pertama ini. Jika mengikut rekod mungkin berpihak kepada mereka namun pada kali ini kami sudah bersedia untuk perlawanan tersebut".

Tambahnya lagi,

Beliau berharap pada edisi kali ini pasukan futsal kebangsaan akan berjaya untuk layak ke pusingan akhir dan sekaligus menjadi juara pada edisi kali ini. Beliau juga yakin dengan adanya para pemain muda di dalam pasukan ini dan gabungan pemain senior dapat memberikan satu nafas baru buat pasukan futsal kebangsaan.

Berikut merupakan rekod pertemuan pasukan Malaysia dan Indonesia :

 

Kejohanan Futsal AFF 2003
Malaysia 3–1 Indonesia (W)

Kejohanan Futsal AFF 2005
Malaysia 7–2 Indonesia (W)

Kejohanan Futsal AFF 2005
Malaysia 1–2 Indonesia (L)

Kejohanan Futsal AFF 2006
Indonesia 2–0 Malaysia (L)

Kejohanan Futsal AFF 2007
Indonesia 2–2 Malaysia (D)

Kejohanan Futsal AFF 2009
Malaysia 3–7 Indonesia (L)

Kejohanan Futsal AFF 2010
Indonesia 6–0 Malaysia (L)
Indonesia 5–0 Malaysia (L)

SEA Games 2011
Malaysia 2–3 Indonesia (L)

Kejohanan Futsal AFF 2012
Indonesia 4–2 Malaysia (L)

SEA Games 2013
Malaysia 4–5 Indonesia (L)

Kejohanan Futsal AFF 2014
Malaysia 1–6 Indonesia (L)