Persahabatan 4 Penjuru Persediaan Menjelang Liga Futsal Kebangsaan Musim 2015

Satu perlawanan persahabatan empat penjuru bakal berlangsung pada 24 Januari ini di KSL Sri Gombak. Kejohanan ini diadakan bagi persediaan setiap pasukan bagi menyediakan barisan pemain menjelang Liga Futsal Kebangsaan musim 2015.

4 Pasukan yang bakal bersaing di perlawanan persahabatan ini adalah pasukan Sabah Quimes Ambush, Perak, Melaka dan juga Selangor MPSJ.

Pasukan Perak telah bersaing di pusingan kelayakan tempoh hari dan mereka telah melayakkan diri ke Liga Futsal Kebangsaan musim 2015 setelah memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan. Kehadiran beberapa pemain dari pasukan lain seperti Azhar, Afandi dan Awin dari pasukan kedah dan juga Izwan dari Quilmes telah memberi impak baru di dalam pasukan ini. Beberapa pemain lama turut dikekalkan oleh pihak pengurusan bagi menghadapi liga yang akan datang ini.

Selangor MPSJ bukan satu nama asing bagi Liga Futsal Kebangsaan. Merupakan finalis liga musim lalu setelah tewas di tangan Felda United melalui sepakan penalti kini hadir dengan pasukan yang lebih mantap dan lebih bersedia untuk menghadapi musim kali ini. Skuad MPSJ kini dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan coach Ruzaley Aziz.

Sabah Quilmes atau kini dikenali sebagai Quilmes Ambush adalah satu pasukan yang baru dari segi pengurusan dan juga para pemain. Kelab Amatur MN Ambush telah menyahut cabaran apabila mereka bakal bersaing di Liga Futsal Kebangsaan musim 2015 dengan mengambil alih pasukan Sabah Quilmes yang sudah pun mendapat slot automatik. Pasukan ini rata-rata pemain mereka adalah pemain liga amatur.

Pasukan terakhir yang akan bersaing adalah pasukan Melaka. Pasukan yang baru ditubuhkan ini bakal menjadi saingan buat kesemua pasukan di Liga Futsal Kebangsaan musim 2015. Dibimbing oleh coach Qusmaini dan kehadiran coach zaidi sebagai jurulatih penjaga gol pasti memberi satu nafas baru dan semangat buat kesemua para pemain Melaka.

Ayuh semua peminat mari memeriahkan perlawanan persahabatan 4 penjuru ini.

Jadual Perlawanan
24 Januari 2015

9.00 am | Quilmes Ambush vs Perak
10.00 am | Melaka United vs MPSJ
12.00 pm | Perak vs MPSJ
1.00 pm | Quilmes Ambush vs Melaka United
4.00 pm | Quilmes Ambush vs MPSJ
5.00 pm | Perak vs Melaka United