Perlawanan Tumpuan Bagi Pasukan Lelaki dan Wanita di LFK 2018

5 hari lagi menjelang aksi Liga Futsal Kebangsaan 2018 bermula. Musim ini 18 pasukan terdiri daripada 10 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita akan bertanding di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Bagi kategori lelaki pendatang baru pasukan Kuantan Rangers FC akan turun di aksi pembukaan menentang KL City 24 Februari ini pada jam 9 pagi. Perlawanan ini antara perlawanan tumpuan yang pasti akan penuh dengan aksi-aksi menarik.

 

Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang sama dimana mereka dibarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan, digabungkan dengan bakat-bakat muda yang mempunyai masa depan yang cerah.

Persiapan pasukan yang jitu dimana KRFC sudah setahun mempersiapkan diri selepas gagal layak pada pusingan kelayakan 2017. Tidak kurang hebatnya, KL City juga sudah 6 bulan mempersiapkan pasukan.

Pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam pasukan KL City untuk musim ini adalah adik kepada pemain kebangsaan Awaluddin Hasan iaitu Azam Hasan.

Bagi pasukan KRFC pula kehadiran pemain kebangsaan Akmarulnizam Idris banyak memberi perubahan kepada gaya permainan pasukan KRFC.

Ramalan yang dibuat oleh Arena Futsal adalah dikedudukan seri iaitu 3-3.

Bagi kategori wanita pula aksi MPSJ menentang Sabah dijangka akan memberi saingan sengit. Hal ini kerana, MPSJ antara satu nama besar dan kembalinya pemain kebangsaan di pasukan ini akan membantu mereka. Antaranya adalah Steffi Sarge Kaur, Nur Shazreen Munazli dan Norhawa Md Yasin.

Berdasarkan line-up di Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan tempoh hari, MPSJ mempunyai sedikit kelebihannya dimana pemainnya dibarisi 3 pemain futsal kebangsaan di Sukan Sea 2017 manakala Sabah dibarisi majoriti pemain bola sepak kebangsaan di Sukan Sea 2017.

Walaupun begitu, sudah sedia maklum bermain di gelanggang futsal yang kecil dengan padang bola yang besar itu adalah tidak sama. Jadi, pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dalam keputusan perlawanan mereka itu nanti.

Pemain yang akan menjadi tumpuan pasukan Selangor United MPSJ wanita pada musim ini adalah captain pasukan futsal kebangsaan Sukan Sea 2017 iaitu Steffi Sarge Kaur.

Manakala, pemain tumpuan pasukan Sabah pula adalah Mastura Majid iaitu captain pasukan bola sepak kebangsaan Sukan Sea 2017.

Ramalan bagi perlawanan ini adalah Sabah 2-0 MPSJ.