Perjuangan Seorang Coach

Teruskan usaha anda dalam pasukan, bantu orang dengan ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuanganmu. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Ramai orang sebenarnya tak tahu.

Mengurus pasukan ni susah.
Siang dan malam nya fikir pasal pasukan.
Tidur dan bangunnya, mimpi pasal pasukan.

Ramai orang nampak kerja kita senang.
Jadi coach minum sini sana.
Tapi sebenarnya dalam hati siapa yang tahu.

Kalau salah sendiri, sendiri kena tanggung.
Jadi coach, salah orang lain pun kita kena tanggung.

Jadi coach kena faham hati pemain.
Jadi coach kena jaga hati sponsor dan orang atasan.

Tapi siapa yang nak jaga hati coach.
Dah ada pasukan, coach cari pemain.
Dah ada pemain, coach kena jaga pemain.
Bila selalu kalah, coach pening kepala.
Bila selalu menang, pemain minta gaji lebih pula.

Kerja coach, adalah cari ramuan terbaik untuk pasukan.
Kerja pemain, kerja kan apa ramuan yang coach inginkan.
Kerja coach nampak senang.
Kerja jadi pemain, berpeluh satu badan.

Kesian coach ni. Banyak makan hati dari makan nasi.
Kesian coach ni, kalau kalah memanjang, pemain kata ramuan kita salah, silap percaturan.

Kesian coach ni, salah pemain kekadang sponsor atau orang atasan marah coach juga yang kena.
Kesian coach ni, hutang keliling pinggang semata² nak carikan rezeki orang.

Kesian coach ni, siapa lah nak kesian kat coach ni.

Masa hari kerja, coach kena kerja.
Masa pemain boleh cuti, coach pun kena kerja.

Orang kata, takpa 'Itu kan dia punya".
coach kena jadi superman, coach tak boleh salah.
Orang lain salah tak mengapa, coach kena maafkan.

Kekawan yang yang mengurus pasukan. Saya faham perasaan anda. Anda berhati pejuang. Biarlah orang mengata anda bila anda jatuh. Mereka akan merangkak dapatkan anda bila nanti anda berjaya.

Layankanlah hati sendiri. Ubatlah hati dengan solat, pujukkan hati sendiri. Anda sebenarnya manusia luar biasa.
Teruskan usaha anda, bantu orang, ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuangan. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Kita semua sama sahaja dalam dunia pengurusan pasukan.