Perak Berpesta Gol

Pasukan perak yang seri di perlawanan pertama menentang Pasukan Sabah 2-2 bangkit di perlawanan kedua apabila mereka berpesta gol setelah menewaskan Pasukan KL Petaling Putra dengan jaringan 12-1.

Pasukan KL Petaling Putra tersentak pada awal permainan apabila penjaga gawang utama mereka telah dibuang padang apabila beliau telah dilayangkan kad kuning kedua setelah beliau melakukan terjahan keras di luar kawasan penjaga gawang.

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh pasukan Perak apabila boleh dikatakan penjaga gawang simpanan KL Petaling Putra agak goyah sedikit.

Apa yang menarik di sini untuk diperkatakan adalah pasangan pair kedua Perak yang sangat menarik telah memukau para penonton dengan mutu dan corak permainan mereka.

Pasangan pair kedua ini yang diwakili oleh Muna, Awin, Razin dan juga Ayob telah berjaya apabila mereka sering berjaya melepaskan diri dari jagaan pemain lawan dan berjaya menghasilkan gol. Pujian harus diberi kepada saudara Muna apabila beliau kerap memberi tekanan kepada pemain lawan dengan menggunakan kelajuan dan kelincahan beliau di atas padang.

Tahniah buat Pasukan Perak.

Foto : Arena Seladang