Peningkatan Positif Para Pemain

Sejak dikumpulkan untuk kem latihan pusat yang bermula pada 22 Disember lalu, pasukan futsal kebangsaan telah mengharungi 6 perlawanan persahabatan bersama pasukan tempatan.

Pasukan futsal kebangsaan berjaya meraih 5 kemenangan keatas pasukan  UPSI, KL Petaling Putra, Kuantan Rangers, Kuala Lumpur TPD dan Pulau Pinang MBPP manakala perlawanan terakhir mereka menentang Pahang FA berkesudahan dengan keputusan seri.

Kesemua perlawanan ini adalah persiapan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Thailand dari 23 hingga 29 Januari 2017.

 "Dari satu perlawanan ke satu perlawanan, saya dapat lihat peningkatan yang positif di kalangan pemain.

 "Tapi masih belum mencapai tahap yang saya inginkan kerana secara jujurnya kami memerlukan sedikit masa lagi kerana pasukan ini terdiri daripada gabungan pemain muda dan senior," jelas Chun Yong.

Selain daripada siri perlawanan persahabatan ini, pasukan futsal kebangsaan juga telah ke Pulau Pinang untuk melakukan program bina semangat serta aktiviti fizikal dan latihan di pantai bagi meningkatkan semangat berpasukan dan juga tahap mentaliti para pemain.

 Pasukan futsal kebangsaan bakal berlepas awal ke Bangkok pada bagi menghadapi tiga lagi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chonburi FC, Bangkok FC dan Royal Thai Navy FC sebelum memulakan cabaran pada Kejuaraan Futsal AFF 2016.

Sumber : FAM