Pengorbanan Tot United di Hari Raya

Menyambut hari raya di perantauan pasti menjadi satu pengalaman yang baru buat 7 anak Malaysia yang akan berlepas ke Brazil pada 5 Julai ini sehari sebelum sambutan hari raya. Walaupun terpaksa meninggalkan keluarga di saat hari raya namun pengorbanan ini harus dilakukan untuk membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.

Ketujuh anak Malaysia tersebut adalah Hazizi Mansor, Muhammad Shamar, Muhd Aidil Shahril, Mohd Azrol,Muhammad Hazreen, Syed Aizad dan Muhammad Faiz yang mewakili pasukan Tot United dan akan bertanding di Kejohanan Neymar Jr's Five peringkat akhir yang akan berlangsung di Praia Grande Sao Paolo Brazil.

13516520_510026139194623_8246786427009283230_n

Tot united akan mewakili Malaysia di kejohanan ini setelah muncul juara di peringkat Malaysia yang berlangsung pada bulan mei lepas. Pasukan ini akan bertanding bersama 50 pasukan dari pelusuk dunia dan ia bukan satu perkara yang mudah buat mereka. Mereka juga akan dapat berpeluang untuk berjumpa dengan bintang Brazil iaitu Neymar Jr.

Mengulas mengenai perkara ini kapten pasukan Tot United , Hazizi Mansor berkata bagi kami semua pasukan yang akan bertanding pasti memberi saingan yang kuat namun kami sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran di sana.

"Bermain di sana pasti amat mencabar bagi saya terutama dari segi tektikal mereka mahupun saiz badan mereka yang berbeza dari kami namun saya percaya setiap daripada kami mempunyai kelebihan sendiri dan boleh dikatakan semua ahli pasukan saya pernah bermain untuk perlawanan yang besar sama ada di dalam atau diluar negara. Jadi ia sedikit sebanyak membantu juga pasukan kami untuk sentiasa memberi 100% dalam setiap perlawanan yang akan kami hadapi di sana" kata Hazizi.

Pasukan Tot United kini dalam persiapan akhir sebelum bertolak ke Brazil. Latihan intensif dijalankan oleh pasukan ini untuk menambah baik tektikal dan kecergasasan kesemua pemain. Malah mereka juga telah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih berpengalaman iaitu Chiew Chun Yong.

"Selaku ketua pasukan saya mengharapkan semua pemain dapat memberikan permainan yang bagus dan mantap di setiap perlawanan di sana. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat pengurus kami iaitu Mohd Nizam Samsudin serta keluarga dan sahabat kami yang sentiasa memberi dorongan kepada kami" kata Hazizi.

ToT United C (1)

Foto Credit : Neymar Jrs Five