Pengalaman pertama Uniten Putrajaya

Walaupun pertama kali beraksi di Liga IPT tidak menjadi penghalang buat pasukan Uniten Putrajaya memberikan satu aksi yang baik sepanjang pusingan liga pada kali ini. Ia terbukti apabila mereka yang layak beraksi di Liga Super musim ini berjaya mengekalkan pasukan untuk musim hadapan apabila menamatkan liga di kedudukan ke-5.

Bagi pasukan yang pertama kali beraksi ini ia adalah satu pencapaian yang sangat baik, ternyata kehadiran mereka pada kali ini telah memberikan satu saingan yang baru dan kuat kepada pasukan-pasukan lain.

Mengulas mengenai pencapaian ini, ketua jurulatih pasukan Uniten Putrajaya saudara Azzlan Azzam berkata:" Alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah SWT kerana permudahkan urusan pasukan kami. pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana usaha mereka berjaya membuahkan hasil apabila berjaya peroleh tempat ke-5 liga.

45693f2a-3d04-47a4-aed4-9eafc8c808fc

Tambahnya,

" Komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain sangat baik walaupun sibuk dengan urusa pelajaran mereka. Saya sebagai jurulatih sangat berbangga dapat melatih dan memiliki para pemain seperti mereka serta bantuan pihak pengurusan yang sangat baik. Without them,t his will never work. Semua ni adalah hasil usaha dan titik peluh mereka dan rezeki buat mereka bukan sahaja berjaya kekal di Liga Super musim hadapan malah mereka berjaya layak ke Piala KFIPT hujung bulan ini".

Pasukan Uniten Putrajaya berjaya layak ke piala KFIPT secara automatik apabila 6 pasukan teratas di Liga Super diberikan slot untuk ke piala nanti dan selebihnya daripada liga premier dan liga borneo. Piala KFIPT dijangka akan berlangsung pada 29 September ini di UIA , Gombak.

Menurut Azlan, beliau berharap agar pasukan Uniten Putrajaya mampu memberikan satu aksi yang terbaik di Piala KFIPT nanti. Pengalaman yang diterima pada pusingan liga tempoh hari akan digunakkan bagi beliau perbaiki pasukan.

"This is the 1st time for me and the boys in Liga IPT. Its a new experience for us, so we are here to improve and give it our best for the love of the game" tegas Azzlan.

8998b038-2ed1-4922-83c9-dc447d8cf0b5