Video Highlight : Pengalaman Berguna Skuad Negara setelah ditewaskan Denmark.

Perlawanan kedua pasukan kebangsaan di Kejohanan Jemputan CFA di China sebentar tadi telah memberi ruang dan peluang kepada ketua jurulatih Malaysia Coach Chiew Chun Yong untuk memperkemaskan pasukan kebangsaan untuk AFF 2019 yang juga kelayakan AFC serta Piala Dunia 2020.

Kekalah 1 - 8 kepada pasukan yang hebat seperti Denmark bukanlah menjadi ukuran. Paling mustahak segala kelemahan dan kekurangan pasukan kebangsaan sedia untuk diatasi sebelum AFF 2019. Denmark mempunya pasukan yang cukup ramuan dengan saiz dan kekuatan fizikal serta mempunyai teknik yang baik. Seperti biasa kalau kita ikutkan nombor 1 - 8 ianya seolah-olah tewas mudah tapi tidak sebenarnya. Kita pada separuh masa pertama selain disiplin bertahan yang boleh diperbaiki lagi, kita mempunyai 4 open play chances dan 1 penalti 6 meter yang gagal disempurnakan. Sekiranya 5 gol tersebut dapat dihasilkan sudah tentu keputusan yang lebih sensasi.


.
Separuh masa kedua pula ketua jurulatih kebangsaan telah mengarahkan power play dimainkan bermula seawal minit ke 8 dengan baki 12 minit perlawan. Ini juga membuktikan kesungguhan kem kebangsaan ingin menggunakan peluang ini untuk mencuba semua aspek pasukan hingga aspek power play. Kami juga menyaksikan taktikal power play yang taktikal lebih menarik. Cuma ketajaman power play tersebut masih perlu dipertajamkan. Lebih-lebih lagi pada aspek penyudah didalam kawasana 6 - 8 meter lawan.
.
Ingat ini adalah peluang menimba pengalaman yang cukup berharga bagi pemain dan pasukan Malaysia. Bukan senang untuk dapat peluang menentang pemain-pemain Eropah seperti Denmark. Pendekatan paling penting oleh pasukan Malaysia adalah menurunkan semua pemain dalam senarai 14 negara bagi memberikan pengalaman untuk mereka. Ini adalah sesuatu yang boleh dipuji. Semua pemain muda yang dibawa ke China berjaya merasai pengalaman menentang pasukan benua Eropah. Mengikut startlist pasukan negara tidak menurunkan salah seorang penjaring terbanyak MPFL 2019 iaitu Saiful Nizam yang mengalami kecederaan tetapi diberitakan tidak serius. Jurulatih kebangsaan merehatkan beliau untuk process recovery.
.
Ayuh pasukan negara. Bangkit dan tewaskan tuan rumah China esok. Kita menang sama-sama. Kalah juga sama-sama. Kami doakan yang terbaik.