Pencapaian Luar Biasa Freestyler Malaysia Ramai Tidak Tahu.

Di Malaysia rasanya ramai freestyler yang berbakat. Tapi, mungkin tidak ramai yang menonjol atau belum ada keyakinan untuk tonjolkan diri pada umum. Kali ini wakil AFM cuba dapatkan seseorang yang kami kira sangat sukses dalam freestyler di usia mudanya.

Korang percaya tak, Muhamad Hazim Bin Ahmad Fadlullah Suhaimi atau dikenali sebagai Zeem Ahmad mula aktif sebagai freestyler dari umur 10 tahun lagi. Walau bagaimanapun, Zeem Ahmad mula tingkatkan kemahirannya bersama rakan-rakan. Setelah tamat sekolah sekitar tahun 2013 dia mula travel ke luar negara.

Bila bertanyakan tentang bakat yang ada pada dirinya, dia berkata,”Mungkin kelebihan saya adalah ‘fast learner’, jadi saya cepat belajar tambah lagi ada yang mengajar. Ada juga belajar di Youtube”.

Zeem Ahmad yang berasal dari Selangor ini pernah memasang cita-cita untuk menjadi pemain futsal Malaysia di suatu ketika dahulu. Namun, rezekinya tidak di situ. Malah, dia juga akui futsal adalah satu daripada sukan yang diminatinya. Beberapa sukan lain yang turut diminati Zeem Ahmad adalah BMX, Skate Board dan B-Boy atau dikenali juga Breakdance.

“Alhamdulillah! Saya telah banyak mewakili Malaysia ke luar negara untuk kejohanan, juri pertandingan dan undangan persembahan.

Antara pencapaian yang diperolehi Zeem Ahmad :
•Wakil Malaysia di negara

1. Indonesia
2.Singapore
3.Vietnam
4.Denmark
5.Czech Republic

•Jadi juri untuk National Freestyle Competition luar negara
1.Philippines
2.Indonesia
3.Singapore

•Di jemput untuk mengajar Skill Street soccer di Japan

•Pencapaian yang termanis dalam hidup
1. Player Asia pertama wakil Asia ke World Panna Competition di Denmark bersama Jepun
2. Top 16 Asia Freestyle Competition 2015 di Jakarta
3. Champion Asia Panna Championship Thailand
4. Champian Malaysia Panna Competition 6x kali
5. Champion Freestyle Competition 2x kali di Malaysia

Sebelum ini, tular rakaman yang di muat naik di media sosial dengan aksi yang memukau kepada pengguna jalan raya yang ketika itu berhenti di lampu isyarat merah.

Meminta pandangan daripada pemuda yang berusia 25 tahun ini tentang penerimaan masyarakat, “Soal penerimaan tu, ada yang sokong ada yang tak. Itu pandangan masing-masing. Tapi, kami nak orang tahu kewujudan sukan ni di Malaysia”.

Meskipun begitu, Zeem Ahmad tidak menggalakkan kepada anak muda untuk meniru aksi tersebut sekiranya tidak professional. Berbeza dengan dirinya yang telah membuat latihan lebih dari 10 tahun sehingga menjadi seorang freestyler yang professional.

“Kalau Mat Saleh yang buat, mesti dorang kagum. Tapi bila kita buat, ada je tak kena. Sedangkan orang kita banyak yang berbakat. Tapi, saya tak fokus pada komen yang negatif, saya hanya ambil yang positif saja”, kata Zeem Ahmad menutup bicara.

Walau apapun, kami menyokong penuh setiap pembangunan sukan yang dibuat. Semoga Zeem Ahmad dan rakan-rakan freestyler berjaya membuka mata anak muda ke arah sukan tersebut.