“Pemain semakin baik dan matang” Wan Suratman Adnan

Sejak penubuhan Kejohanan Liga Futsal IPT pada tahun 2010 sehingga kini tampak penglibatan IPTA/IPTS semakin bertambah setiap tahun. kejohanan yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM ) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) bermatlamat untuk melahirkan bakat baru serta melahirkan seorang pelajar yang baik dari segi akademik serta sukan.

Kejohanan ini juga menjadi platform buat para pelajar untuk menunjuk bakat mereka. Malah dari kejohanan ini juga banyak melahirkan pemain berbakat yang kini sudah bermain di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Pada edisi tahun ini yang memasuki tahun ke 6 kita dapat lihat Kejohanan Futsal IPT semakin menjadi pilihan IPTA/IPTS untuk mereka melibatkan diri apabila 41 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita terlibat dalam pusingan kelayakan yang berlangsung pada 17 – 21 Mac 2016.

600684_984385844989123_2939500484686262747_n

Menurut Wan Suratman Adnan yang merupakan Pembantu Teknikal dan Penyegaran Kejohanan Liga IPT ; “sejak penubuhan sehingga kini para pemain Institusi Pengajian Tinggi semakin baik dan bertambah matang”.

Tambahnya ,

“Para pemain ini jika dipilih untuk bermain dengan mana mana pasukan di Liga Futsal Kebangsaan mereka dapat bermain dengan baik dan tiada jurang akan berlaku diantara pemain sedia ada dan para pelajar ini Cuma pengalaman membezakan mereka” ujar beliau.

10612646_1236963369665360_3603327109629072155_n

Mengulas mengenai pusingan kelayakan Liga Futsal IPT tempoh hari, beliau berkata kesemua pasukan yang terlibat telah menunjukkan aksi yang terbaik. Kebanyakan pasukan nampak sudah bersedia lebih awal jika dilihat daripada prestasi para pemain mereka.

Beliau juga yang merupakan ketua jurulatih bagi pasukan Pusat Sukan Tumpuan (PST) yang merupakan pasukan yang terdiri daripada pemain Institusi Pengajian Tinggi sudah mengenal pasti beberapa pemain berpotensi untuk dipanggil menyertai latihan pusat PST Fasa 3/2016 bermula 10 April ini sehingga 21 April yang akan dikumpulkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

SenaraiJuara Kejohanan Liga Futsal IPT

Kategori Lelaki

2010 - UiTM / UMT
2011 - UiTM / KK Selangor
2012 - UiTM / KK Selangor
2013 - KK Selangor / KK Johor
2014 - MMU / UiTM
2015 - UiTM / UIAM

Kategori Wanita

2011 : UiTM / UM
2012 : UiTM / Politeknik Kota Kinabalu
2013 : UM / Politeknik Kota Kinabalu
2014 : UM / KK Melaka
2015 : UPM / UM

Foto Kredit : Arena IPT