Pemain Baru Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Futsal Kebangsaan

6 pemain baru bakal membuat penampilan pertama bersama skuad futsal kebangsaan iaitu Mohd Ahzar, A Habbibbi, Wan Mohd Shami, Nazreen Saudi, Shahril Anuar dan Iqbal Haikal.

Mereka dipanggil menyertai kem latihan pusat bersama 14 pemain lain yang pernah dipanggil sertai kem sebelum ini. Kem selama 10 hari ini adalah untuk persediaan menjelang Kejohanan Futsal AFF 2018 yang akan berlangsung pada November depan di Jakarta, Indonesia.

Bagi kem kali ini, tiada wakil dari Melaka United berikutan mereka akan membawa cabaran negara ke Kejohanan Futsal Kelab AFF 2018.

Peluang buat kesemua 20 pemain terutama pemain baru untuk membuktikan kemampuan mereka untuk menarik minat kejurulatih skuad  futsal kebangsaan yang diketuai coach Chiew Chun Yong.

Berikut merupakan senarai 20 pemain kem latihan ini:

  1. Muhammad Farikh - Perak
  2. Ridzwan Bakri - Perak
  3. Awalludin Mat Nawi - Perak
  4. Aidil Shahril - Perak
  5. Nur Hazim - Perak
  6. Shamar Fadzil - Perak
  7. Muhammad Nazreen - Pahang
  8. Azhar Aris - Sabah
  9. Andi Habbibbi - Sabah
  10. Wan Mohd Shahmi - Terengganu FC
  11. Asyraf Borhan - Kuala Lumpur
  12. Syed Aizad Daniel - MPSJ
  13. Shahril Anuar - MPSJ
  14. Harith Naim - Kuantan Rangers
  15. Akmarulnizam - Kuantan Rangers
  16. Syafiq Hamzah - Kuantan Rangers
  17. Iftitah Ahmad - Kuantan Rangers
  18. Iqbal Aikal - Kuantan Rangers
  19. Iskandar Harun - Kuantan Rangers
  20. Ridzwan Zainal - Felda United