Peluang Kedua untuk Mengharumkan Nama Negara Neymar Jr’s Five Pulang dengan Pencarian Wakil Malaysia

Dalam menyambut kejayaan dari tahun lepas, dimana pemain-pemain muda Malaysia mewakili negara di persada dunia, Red Bull Product of Europe membawa kembali Neymar Jr’s Five ke Malaysia untuk musim kedua – untuk mencari wakil Malaysia yang akan mengibarkan Jalur Gemilang di Peringkat Dunia di Brazil. Adakah pasukan anda yang akan mewakili tanah air kita? Sertai kami dan serlahkan bakat anda di pentas global Neymar Jr’s Five!

Kejohanan ini dibuka kepada pasukan yang terdiri daripada lima hingga tujuh pemain berumur 18 ke 25 tahun. Untuk kali pertamanya – dua pemain yang berumur 25 tahun dan ke atas dibenarkan untuk menyertai setiap skuad.

Mulai April ini, sebanyak empat pusingan kelayakan akan diadakan di seluruh negara:

  • UiTM, Shah Alam Saturday, 8 April 2017 | 8:00am
  • Taylor’s Lakeside University, Subang Jaya Saturday, 15 April 2017 | 8:00am
  • Educity Stadium, Nusajaya, Johor Saturday, 22 April 2017 | 8:00am
  • Ferro Futsal, Pahang Saturday, 29 April 2017 | 8:00am
  • Azman Hashim USM Sports Arena, Penang Saturday, 6 May 2017 | 8:00am
  • Real Sports Arena, Klang, Selangor Saturday, 13 May 2017 | 8:00am

Pasukan yang muncul juara dalam pusingan akhir kebangsaan pada hari Sabtu, 20 Mei 2017 di iM4U Sentral, akan menuju ke Peringkat Dunia yang akan diadakan di Instituto Projeto Neymar Jr. Terletak di negeri Sao Paulo, Brazil, pertubuhan ini adalah sebuah kompleks sukan dan pendidikan tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh Neymar Jr dan keluarganya.

“Kejohanan ini membuat saya teringat zaman kanak-kanak saya dan saya amat berbangga dengannya. Untuk menang permainan lima sebelah ini dan tewaskan pihak lawan, pemain– pemain memerlukan strategi dan kefahaman yang utuh tentang detik yang sesuai untuk menyerang dan menahan. Pertahanan yang kuat adalah amat penting kerana ia boleh membawa pasukan anda mara dari pusingan ke pusingan untuk kejohanan ini,” kata Neymar Jr. “Sekarang, saya tidak sabar untuk melihat pasukan yang akan mara ke Peringkat Dunia 2017 di Instituto saya di Brazil.”

Dengan kerjasama iM4U dan Tune Talk, Red Bull sedia menyokong perjalanan anda ke Brazil. Adakah anda bersedia untuk menyahut cabaran ini, dan berpeluang untuk berjumpa dengan Neymar Jr? Jom! Hantar permohonan anda dan rujuk untuk maklumat terkini di www.neymarjrsfive.com, dan bersedia untuk menyerlahkan bakat pasukan anda.

Saksikanlah video Neymar Jr’s Five (psssst, pasukan Malaysia 2016 boleh dilihat pada saat -0:36) di www.facebook.com/redbull/videos/10158435671235352/.

Fakta Menarik Neymar Jr’s Five Malaysia:

  •  Diketuai Shamar bin Fadzil, TOT United mewakili Malaysia ke Kejohanan Neymar Jr’s Five Peringkat Dunia 2016 di Instituto Projeto Neymar Jr.
  • Selepas kepulangan TOT United ke Malaysia, Aidil Shahril dan Syed Aizad Daniel telah dipilih untuk bermain untuk Pasukan Futsal Kebangsaan Malaysia.
  • Jurulatih Chiew Chun Yong, yang telah meninjau kejohanan Neymar Jr’s Five di Malaysia tahun lepas, sekarang merupakan Ketua Jurulatih Futsal Negara.

Mengenai Neymar Jr’s Five

Neymar Jr's Five ialah kejohanan bola sepak lima sebelah global yang diilhamkan oleh pemain Brazil dan Barcelona Neymar Jr, dengan cara main bukan konvensional.

Peraturannya mudah; apabila satu pasukan gagal mempertahankan goal, mereka perlu hantar seorang ahli pasukan keluar. Setiap pusingan akan berlansung selama sepuluh (10) minit, atau sehingga satu kumpulan kehilangan kesemua pemainnya – inilah sebab kejohanan ini laju, teknikal, dan taktikal.

Apabila wisel ditiup, pasukan dengan pemain paling ramai menang pusingan itu. Kejohanan akhir global akan diadakan di Instituto Projeto Neymar Jr, Sao Paulo, Brazil.

Pertubuhan ini adalah sebuah kompleks sukan dan pendidikan tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh Neymar Jr dan keluarganya.

Dilancarkan pada tahun 2014, Instituto Projeto Neymar Jr merupakan program ‘FutbolNet’ kedua di Brazil dengan kerjasama Yayasan FC Barcelona. Misi institusi ini ialah untuk menyumbang kepada pendidikan keluarga, menggalakkan aktiviti praktikal, dan menyediakan akses ke budaya untuk masyarakat Praia Grande.