Pelbagai Aksi Menarik Di Minggu Ketiga Liga Futsal Kebangsaan 2015

Minggu ketiga Liga Futsal Kebangsaan berakhir dengan pelbagai aksi-aksi menarik sepanjang minggu tersebut. Pelbagai kejutan berlaku sepanjang minggu ini. Kesemua pasukan turun dengan aksi yang bertenaga dan menunjukkan aksi permainan yang menarik.

Pada minggu ini pasukan yang menjadi pilihan adalah pasukan sang kenari dimana mereka berjaya membawa pulang 6 mata penuh apabila mereka menewaskan pasukan KL Petaling Putra dan juga pasukan Melaka.

Para pemain Kedah turun dengan aksi yang penuh bertenaga pada minggu ini. Kedua-kedua pasukan menunjukkan aksi yang agak keras. Kemenangan pasukan Kedah ke atas Melaka dengan jaringan 2-1 ini dibantu oleh ketangkasan penjaga gawang Kedah Muhamad Azri yang tampil dengan aksi yang menarik dimana beliau berjaya mematahkan serangan pihak lawan.

Malah beliau yang juga pertama kali bermain di Liga Futsal Kebangsaan ini turut berjaya menepis dua penalti yang diberikan kepada pasukan Melaka . perlawanan ini juga menjadi tegang akibat keputusan para pengadil yang agak lemah sepanjang perlawanan berlangsung. Perkara ini membuatkan para jurulatih kedua-dua pasukan marah dan pengurus pasukan kedah telah dihalau oleh pengadil dari kawasan pemain.

Boleh dikatakan mutu pengadilan para pengadil masih menjadi masalah yang sering dihadapi setiap musim. Walauapapun keputusan pengadil perlawanan tetap perlu diteruskan . Moga pihak berwajib perlu melakukan inisiatif untuk membetulkan masalah ini