PBSB Strength Dari Kuala Lumpur Muncul Juara bawah 23 dan KCK dari Putrajaya membawa balik gelaran bawah 19 tahun AFMC 2019

PBSB Strength mengejutkan beberapa pasukan pilihan untuk membawa pulang gelaran juara AFMC 2019 kategori bawah 23 tahun. Mereka berjaya menewaskan pasukan pilihan MAC FC pada pusingan separuh akhir dan berjaya menundukkan pasukan dari Negeri Sembilan iaitu Batu Kikir FC dengan keputusan 3 - 0.

Lebih manis bagi PBSB Strength apabila mereka juga menggondol anugerah pemain terbaik kejohanan dan goleiro terbaik AFMC 2019 kategori bawah 23 tahun.

Keputusan Penuh Kategori Bawah 23 Tahun
Juara : PBSB Strength (Kuala Lumpur )
Naib Juara : Batu Kikir FC ( Negeri Sembilan )
Tempat Ketiga Bersama : MAC FC ( Selangor ) & Mambo FT ( Negeri Sembilan )

Manakala bagi bawah 19 tahun wakil dari Putrajaya iaitu KCK berjaya muncul juara selepas menewaskan pasukan pilihan Putra MB dari Selangor. Perlawanan yang berkesudahan 1 - 1 dalam masa sebenar dan juara terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti dan goleiro KCK yang juga telah dinobatkan goleiro terbaik.

Manakala pasukan Putra MB sedikit terubat apabila pemain mereka dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Keputusan Penuh Kategori Bawah 19 Tahun
Juara : KCK ( Putrajaya )
Naib Juara : Putra MB ( Selangor )
Tempat Ketiga Bersama : Pawana FT ( Selangor ) & Keropok Seri Sura (Terengganu)