Pasukan Negara berkelana di Thailand

Pasukan Futsal Malaysia bakal mengharungi beberapa perlawanan persahabatan di Thailand bermula 20 April ini. Ini adalah perlawanan persahabatan antarabangsa pertama buat pasukan kebangsaan pada tahun ini.

Sebanyak 20 pemain telah dipanggil oleh barisan kejurulatihan pasukan futsal Malaysia yang diketuai oleh Coach Marcelo Serpa untuk menyertai latihan pusat yang bermula dua hari lepas sebelum mereka berlepas ke Thailand pada Sabtu ini.

Beberapa muka baru dapat dilihat pada kali ini yang berjaya menarik perhatian barisan kejurulatihan untuk menyertai pasukan futsal malaysia kali ini. Antara pemain baru yang telah dipanggil untuk memperkuatkan lagi pasukan futsal Malaysia adalah pemain licik dari pasukan MPSJ Syed Aizad Daniel dan jugak pemain dari pasukan T-Team Ahmad Jazlan yang bermain di posisi pivot.

Pasukan futsal Malaysia akan memulakan siri jelajah mereka di Thailand dengan menentang pasukan CAT FC bermula hari isnin dan seterusnya mereka akan menentang pasukan Chonburi FC dan akhir sekali pasukan Bangkok FC.

Siri jelajah ini adalah langkah pertama buat pasukan futsal kebangsaan pada tahun ini untuk menghasilkan satu pasukan baru yang lebih mantap dan dapat memberi saingan buat pasukan futsal dari negara lain.

Semoga berjaya buat pasukan futsal kebangsaan di Thailand. Moga satu pembaharuan dapat kita lihat pada pasukan ini pada tahun ini