Pasukan Dari Johor Dan Pahang Muncul Juara Piala Kumpulan Niaga Norazmah

Perjalanan jauh dari Johor dan Pahang untuk beraksi di Piala Kumpulan Niaga Norazmah sempena penutup tahun 2017 amat berbaloi buat pasukan ABS Darul Takzim (Johor) dan Hamka FT (Pahang) yang berjaya muncul sebagai juara bagi kategori bawah 15 tahun dan 17 tahun.

Kedua-dua pasukan ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1800 dan juga piala kejohanan selaku juara.

Sebanyak 85 pasukan untuk kategori bawah 17 tahun dan 75 pasukan bagi kategori bawah 15 telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung di Real Sport Arena, Klang hujung minggu lalu. Lebih menarik kejohanan penutup ini bukan sahaja menjadi pilihan pasukan bawah umur dari Lembah Klang tetapi juga dari luar Kuala Lumpur.

Menurut penganjur kejohanan ini, saudara Ezat berkata, kejohanan ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan mereka.

"Semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang penting matlamat utama kami berjaya dicapai, untuk memberi peluang dan cungkil bakat-bakat baru".

Berikut merupakan senarai pemenang :

Kategori bawah 15 tahun

Juara - ABS Darul Takzim (Johor)
Naib Juara - Charo FT (KL)
Ketiga - Darul Naim & XYZ (Selangor)

Kategori bawah 17 tahun

Juara - Hamka FT (Pahang)
Naib Juara - Aziman FT (Perak)
Ketiga - Court Soccer (KL) & Ally FT (Selangor)