Pahang Rangers Muncul Juara Piala Jemputan Ferro Futsal 2019

Pahang Rangers memberikan amaran awal kepada pesaing mereka di Liga Futsal Malaysia 2019 nanti selepas muncul juara Piala Jemputan Ferro Futsal hujung minggu lalu.

5 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan jemputan ini iaitu 3 pasukan yang beraksi di LFM 2019, Pahang Rangers, Melaka United dan Selangor serta 2 pasukan amatur, Dani FC dan Leonis FC.

Skuad kendalian coach Wan ini tidak menunggu lama untuk membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya menewaskan Leonis FC di perlawanan hari pertama dengan jaringan 11-3 sebelum menewaskan Melaka United 4-1.

Hari kedua mereka menanti saingan Dani FC sebelum bertemu Selangor di perlawanan terakhir. Kedua-dua perlawanan ini mereka turut berjaya meraih kemenangan dengan jaringan 7-4 dan 4-1.

Kehadiran beberapa pemain berpengalaman dan pemain muda dalam skuad Pahang kali ini tampak memantapkan lagi dan bakal menjadi pesaing utama dalam merebut kejuaraan liga profesional futsal pertama Malaysia tahun ini.

Tahniah Pahang! Hogoh Pahang Hogoh!

Kredit foto : Selangor MAC