Muhammad Zaim Azim Berjiwa Besar

Tumpuan penonton pada Piala PAFA 2016 yang berlangsung di Prosport Futsal Arena, Chemor terarah kepada pemain bertubuh kecil yang beraksi bersama Perak Belia. Pemain cilik yang dimaksudkan adalah Muhammad Zaim Azim Bin Fajar.

 

12669941_1285601461456715_602551023_o

Pemain yang berusia 14 tahun tersebut merupakan antara salah seorang pemain yang terpilih dalam sesi pemilihan pemain bawah 19 tahun Perak yang berlangsung minggu lepas di lokasi yang sama. Keupayaan memperagakan aksi yang menarik serta berjiwa besar menjadi kunci kepada kejayaan yang dikecapi Zaim pada usia yang muda. Pada aksi di Piala PAFA 2016, Zaim memperoleh pengalaman yang sangat berharga apabila berpeluang untuk menimba ilmu walaupun faktor fizikal menjadi masalah untuk bersaing dengan pemain yang lain.

12633135_1285601438123384_694851641_o

 

Memulakan penglibatan secara aktif dalam bidang futsal pada tahun 2014, pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Sitiawan ini tidak menjadikan futsal sebagai alasan untuk tidak memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Ianya dibuktikan dengan kejayaan memperoleh keputusan 4A 1B didalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2 tahun lalu.

‘’ Saya kena bijak membahagikan masa untuk mengimbangi minat saya dalam futsal dan kehidupan seharian saya. Pagi saya akan ke sekolah dan tengah hari selepas balik sekolah saya akan menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Petang pula saya akan berlatih untuk pasukan Annur Young Boys kemudian malamnya saya akan menghadiri kelas tuisyen.’’ Ujar antara tonggak utama pasukan Annur Young Boys ( AYB ) ini. ‘’ Manakala pada cuti sekolah dan sabtu ahad pula saya akan meluangkan masa bersama keluarga sekiranya tiada sebarang pertandingan yang disertai’’, tambah Zaim lagi.

Antara pencapaian yang dikecapi Zaim sepanjang bersama Annur Young Boys adalah seperti menjadi johan Kejohanan bawah 14 Manjung Indoor Sports Arena ( MISA ), johan Piala Ahmad Fadzil, naib johan Milo Perak Bawah 12 dan banyak lagi kejayaan yang diraih oleh Zaim. Dikhabarkan Zaim bersama – sama rakannya di AYB bawah 15 tahun mendapat perhatian panel pemilihan Perak Belia ( U19) ketika sesi pemilihan dan diberikan penumpuan khusus dalam usaha untuk mewujudkan pasukan Perak bawah 16 tahun.

12659741_1285601191456742_512051186_n

Menurut jurulatih pasukan AYB, Faris Sidek beranggapan bahawa Zaim boleh dikatakan sebagai pemain contoh kepada rakan yang lain kerana selain dari ibu bapa yang menyokong penuh penglibatan dalam futsal, Zaim juga turut mengimbangi aktiviti futsal, pelajaran serta agama.

12660207_1285601154790079_1892346218_n
Zaim turut menyimpan impian untuk menjadi pemain futsal yang baik satu masa nanti. ‘’ Saya ingin menjadi pemain Perak Futsal dalam masa yang sama untuk menyarung jersi pasukan futsal negara disamping mengharapkan dapat membawa AYB ke peringkat yang lebih tinggi’’.

Selamat maju jaya buat adik Muhammad Zaim Azim Bin Fajar.