MSP Mengorak Langkah

Majlis Sukan Politeknik (MSP) telah mengambil pendekatan bagi meningkatkan taraf pemain-pemain futsal di Malaysia apabila telah menyertai kejohanan futsal Piala Gabernur NTB Mataram 2016 di Lombok, Indonesia.

 

Sebenarnya MSP telah memulakan langkah kearah pembangunan ini pada awal tahun 2016 apabila telah menganjurkan klinik serta "refresher course" moden futsal yang dibantu oleh bekas pelajar yang juga merupakan Alumni Politeknik iaitu Encik Qusmaini Noor Rusli yang berpengalaman luas dan mendapat ilmu kejurulatihan futsal di Itali. MSP juga mempunyai 3 orang jurulatih yang mempunyai lesen level 1 futsal AFC.

 

Disamping itu, penganjuran Liga Futsal Politeknik yang dikelolakan oleh MSP juga telah berjaya menghasilkan pemain yang berkualiti yang pernah membarisi skuad futsal kebangsaan seperti Saiful Nizam, Mohd Afiq, Abu Haniffa, Awalludin dan Firdaus Ambiah.

 

Mengulas kembali penyertaan Politeknik Malaysia ke kejohanan di Lombok tersebut, Ketua Delegasi Pasukan Futsal Majlis Sukan Politeknik Malaysia, Kapt. (PA) Hj Hazril Hisham Bin Hj Hussin berkata pihak MSP telah membantu para pemain dari banyak segi.

IMG-20160814-WA0001

" Untuk saingan di Lombok ini, kita berusaha bagi membantu futsal negara dengan dari segi persiapan dalam membawa bekas pelajar politeknik (alumni) dan juga para pemain yang masih lagi menuntut di politeknik", ujar Hj Hazril.

 

" Saya juga bersyukur kerana segala usaha dan persiapan yang direncakan telah membuahkan hasil apabila kami berjaya menepati sasaran iaitu melayakkan diri ke separuh akhir", tambah beliau lagi.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa kejayaan ini tidak akan berhenti kerana pihak MSP telah bercadang bagi menjalinkan hubungan strategik bersama pasukan di Pro League Indonesia iaitu Vamos Mataran yang menduduki tangga ke-2 liga tersebut.

 

" Pelan tersebut dirangka untuk menjadikan pelajar politeknik sebagai "The Thinking Athlete" serta dapat meluaskan lagi serta memperkenalkan kepada mereka institusi kami iaitu Politeknik Malaysia yang berjaya menghasilkan "The Thinking Athlete" tersebut".

 

Beliau turut menegaskan kekurangan liga kompetitif di Malaysia yang mengakibatkan MSP mengambil langkah untuk melakukan penerokaan untuk memajukan futsal di negara luar.

 

Berikut adalah keputusan di Kejohanan Piala Gabenur NTB 2016 :

 

1) MSP 0-0 Bintang Timur Surabaya

2) MSP 5-3 Felda United

3) MSP 7-1 Mataram FC B

 

Suku Akhir

MSP 3-1 KPT-IIUM Mustang

 

Separuh Akhir

MSP 5-7 Mataram FC A