MM FC Raja Futsal Pulau Pinang

Sebanyak 39 pasukan yang mencuba nasib di Raja Futsal Sirkit Pulau Pinang yang berlangsung di Safira Sports Planet pada Ahad lalu.


Dalam perlawanan separuh akhir menyaksikan Adib FC berjaya menewaskan Qaisara FC dengan jaringan 2-1 manakala Court Fire FC tewas kepada MM FC dengan jaringan 1-2, melayakkan mereka ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir Raja Futsal Sirkit Pulau Pinang ini menyaksikan MM FC berjaya menewaskan Adib FC dengan jaringan 1-0.

Manakala di tempat ke-3 bersama diperolehi oleh pasukan Qaisara FC dan Court Fire FC.

Selepas ini kejohanan ini akan berlangsung di Melaka pada 15 September, ahad ini. Agak-agak siapa Raja Futsal Melaka? Sama-sama kita nantikan.