Misi Pertama “Panjang” Berjaya

Selepas berjaya muncul sebagai pemain kedua penjaring terbanyak pada kejohanan Liga IPT musim lepas, Arif Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Panjang berjaya mencapai misi barunya pada musim baru ini.
Beliau berjaya membantu pasukan UNIKL BMI ke perlawanan akhir dan lebih manis lagi pasukan ini berjaya layak ke Liga Super Futsal IPT pada musim ini. Kehadiran pemain tinggi lampai ini di pusingan kelayakan ini telah menarik perhatian pasukan dan penonton yang hadir ke lokasi perlawanan.

Malah corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain ini berjaya menarik perhatian beberapa pasukan yang bermain di Liga Futsal Kebangsaan.

1557618_10208104484842394_4563767552431874807_n

Mengulas mengenai perlawanan akhir : "kami telah bermain sebaik mungkin namun rezeki tidak menyebelahi kami, tetapi kami bersyukur juga kerana berjaya layak ke Liga Super Futsal IPT tahun ini ", ujar beliau.
Panjang yang sebelum ini mewakili pasukan KPTM Bangi, turut mengulas mengenai bekas pasukannya itu dimana beliau turut berbangga atas pencapaian pasukan itu layak ke Liga Premier Futsal IPT pada tahun ini.

Kehadiran beliau di pasukan UniKL tampak memberikan satu impak yang tinggi buat pasukan ini. Pemain yang pernah mewakili pasukan Universiti Malaysia di "ASEAN University Games" pada tahun 2014 ini percaya mereka dapat memberikan saingan yang sengit di pusingan pertama Liga Futsal IPT pada bulan Mei nanti.

Foto Kredit : Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)