Misi mengekalkan kejuaraan? Mampukah?

Mampukah Felda United mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi mereka musim lepas bagi musim kali ini. Semuanya akan terjawab bermula minggu ini apabila liga futsal kebangsaan musim 2015 bakal menemui anda dengan aksi yang pasti lebih menarik dengan kehadiran pasukan dan pemain baru di musim ini.

musim lepas pasukan Felda gah di persada liga apabila berjaya mengumpul 87 mata daripada 30 perlawanan dimana mereka hanya tewas sekali sepanjang liga berlangsung. Pasukan Felda United pasti mahu mengekalkan kejuaraan itu dengan persiapan rapi pasukan ini yang berterusan sejak tamatnya musim lepas pasti mereka ingin memberi saingan yang lebih kuat kepada pasukan lain.

Beberapa perlawanan persahabatan mereka lalui bagi mengenal pasti kelemahan untuk diatasi. Malah setelah liga musim lepas tamat, mereka turut dijemput untuk menyertai beberapa kejohanan jemputan.

Pada musim kali ini rata-rata pemain felda united semua dikekalkan dari skuad musim lepas hanya dua pemain baru ditambah bagi menguatkan pasukan iaitu Qaiser Heshaam dari Selangor PKNS dan juga Azrul Hadee dari PBSMM.

Untuk musim kali ini beberapa pasukan baru pasti akan memberi saingan yang sengit kepada pasukan Felda dan juga pasukan lain. Antara pasukan baru yang bakal beraksi pada kali ini ialah pasukan Kuala Lumpur, Quilmes Ambush, Petaling Putra dan juga pasukan Melaka. Cara dan corak permainan yang berbeza pasti kita akan dapat lihat dari pasukan pasukan yang baru ini dan ini sekaligus akan menjadi satu tarikan untuk kita saksikannya.

Ayuh semua beramai-ramai ke Kompleks Sukan Negara Panasonic , Shah Alam Jumaat ini bermula jam 9.30 pagi dimana pasukan Kedah akan membuka tirai liga musim ini apabila mereka akan menentang pasukan Pahang.

Semoga berjaya buat semua pasukan yang akan bertanding.