Misi Futsal Negara Bermula

Setelah hampir beberapa bulan tidak mempunyai perlawanan antarabangsa skuad futsal negara menyahut cabaran untuk beraksi di Kejohanan jemputan empat penjuru The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament 2019 bermula 5 September ini.

Skuad kendalian Chiew Chun Yong ini hanya mempunyai 4 hari sahaja membuat persediaan dan dia mengharapkan semua pemain sudah bersedia dari mental dan fizikal.

Daripada 20 pemain yang dipanggil ada 3 pemain baru yang bakal diberi peluang untuk memperkuatkan pasukan futsal negara iaitu Muhammad Akmal Hakimi Mohd Naim (Selangor), Mohamad Danial Abdul Dain dan Muhammad Awaluddin Hassan (Melaka).

Kejohanan yang turut disertai pasukan tuan rumah China, Mexico dan juga Myanmar ini menjadi medan terbaik untuk mencari barisan 14 pemain terbaik untuk Kejohanan futsal AFF di Vietnam Oktober depan.

Jika melihat di atas kertas kita bakal menghadapi tentangan daripada Mexico berdasarkan ranking dunia mereka yang berada di 45 & kita berada di ranking ke 54.

Misi sukar untuk skuad negara dari segi persediaan yang singkat tapi kami percaya barisan kejurulatihan pasti ada formula dan perancangan yang terbaik untuk Malaysia.

Semoga berjaya Malaysia dan Selamat hari kebangsaan!