Melaka United Selangkah Menjuarai LFK 2017

Pasukan Melaka United semakin hampir untuk menjuarai Liga Futsal Kebangsaan 2017 ini setelah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah, menang perlawanan ke atas T-Team dan KL Petaling Putra di minggu ke 8.

Dua kemenangan ini membawa pasukan Melaka gah berada di persada liga dengan mengumpul 40 mata secara keseluruhan diikuti pasukan Felda United di tangga kedua dengan 34 mata.

Melaka bakal menghadapi dua tentangan sengit di minggu terakhir liga minggu hadapan bakal berdepan Felda United dan Pahang namun mereka hanya memerlukan satu sahaja mata untuk sah dinobatkan juara bagi Liga Futsal Kebangsaan 2017.

Menurut ketua jurulatih pasukan Melaka, Isa Rahim beliau bangga dengan persembahan para pemainya yang terus mengekalkan disiplin yang tinggi walaupun ada beberapa perlawanan kami terpaksa bergelut untuk meraih kemenangan.

"Bagi dua aksi terakhir minggu hadapan beliau berharap kesemua pemain dapat berjuang sehingga wisel penamat walaupun kami hanya memerlukan 1 mata untuk meraih kejuaraan, saya tidak mahu para pemain terlalu selesa dengan kelebihan ini," kata coach Isa.

Foto : Melaka United