Melaka United Nak ‘Repeat Champ’

Juara bertahan, Melaka United ingin kekalkan kejuaraan mereka pada musim lepas. Bertanyakan mengenai persiapan terakhir, mereka tetap menjalani latihan seperti biasa.

Namun, mereka meletakkan penekanan terhadap keupayaan teknik dan taktikal dalam pasukan iaitu dengan membakar semangat juang dan setiakawan dalam pasukan. Selain itu, mereka juga memberi penekanan terhadap keupayaan fizikal dan mental.

Menurut jurulatih pasukan, Isa Rahim, Melaka United akan dibarisi 3 pemain baru iaitu Azri Rahman, Azwann Ismail dan Azrul Hadee bagi menggantikan tempat kekosongan Yazid Kamaruzuan, Firdaus Razali dan Khairul Effendy Bahrin.

Beliau juga berkata, pengurus baru Melaka United iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mahukan pasukan SUKMA Melaka diberikan penekanan yang khusus. Oleh hal yang demikian, beliau menyenaraikan hampir separuh pemain muda dalam skuad musim ini.

Arena Futsal sempat meminta untuk beliau berkongsikan strategi bagi mengekalkan kejuaraan mereka. Kata beliau, “saya masih mengekalkan method dan taktikal seperti musim lepas cuma ada sedikit perubahan berikutan kemasukan beberapa pemain baru.”

Menurut beliau lagi, berkemungkinan besar tanggungjawab sebagai ketua pasukan akan diberikan kepada Jamal seperti musim sebelumnya.

“Menurut pandangan peribadi saya, semua pasukan yang layak di LFK 2018 perlu diberi perhatian dan kami tidak pernah memandang rendah kepada mana-mana pasukan”, kata jurulatih Melaka United.

Walaubagaimanapun, 4 pasukan yang disenaraikan sebagai pencabar utama mereka adalah MPSJ, KRFC, Pahang dan Felda United.

“Saya amat berharap pemain dapat memberikan fokus 100% dalam pertandingan ini disamping mengekalkan karektor selaku juara bertahan. Insha Allah”, tambah beliau lagi.

Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Melaka United.