Mataram FC bakal mengikat Jurulatih Malaysia

Mataram FC dijangka akan mengikat jurulatih baru daripada Malaysia setelah kontrak ketua jurulatih pasukan itu iaitu Fandi Butarbutar berakhir pada musim ini.

Pada musim ini Mataram FC yang bermain di Pro Futsal League West Conference berjaya mengelakkan pasukan daripada tersingkir setelah berjaya menamatkan liga di kedudukan keenam liga daripada 8 secara keseluruhannya. Pro Futsal League telah dimenangi oleh pasukan Black Steel Manakwori setelah mereka menewaskan pasukan Vamos Mataram FC yang merupakan pasukan abang kepada Mataram FC.

Sejurus tamatnya kotrak jurulatih pihak pengursan pasukan Mataram FC kini sedang mempergiatkan usaha mereka untuk memperbaik pasukan ini dan berharap mereka dapat layak ke Final Four Pro Futsal League musim hadapan yang dijangka akan bermula pada Februari 2017. Mereka juga dalam perancangan untuk melantik jurulatih baru bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Apa yang menarik adalah mereka bakal mengikat jurulatih dari Malaysia iaitu Qusmaini Noor Rusli. Difahamkan proses perbincangan telah memasuki fasa akhir. Jika tiada sebarang masalah jurulatih dari Malaysia ini akan mengambil alih pasukan dari Indonesia ini selepas hari raya ini.

safe_image

Qusmaini Noor Rusli adalah seorang jurulatih yang tidak asing lagi di negara kita. Pernah membawa beberapa pasukan di Liga Futsal Kebangsaan antaranya Melaka United, Quilmes FC, Negeri Sembilan dan KWSP FC. Kredibiliti jurulatih ini juga tidak disangkal apabila beliau berjaya membawa pasukan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di perlawanan akhir futsal SUKMA pada tahun 2011 dan 2013.

Kini beliau berada di Italy untuk menjalani kursus kejurulatihan futsal di sana selama 10 hari dan dijangka pulang ke tanah air pada hari raya pertama. Jika perkara ini menjadi kenyataan ia menjadi satu kebangaan buat negara kita apabila beliau akan menjadi jurulatih di Indonesia. Tahniah Coach.

Kredit Foto : Bolalob

77820160417214338800