Mari Kekal Aktif Bersama Coach Faiq

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami sempat menghubungi jurulatih pasukan Perak yang juga seorang jurulatih kecergasan iaitu Mohd Faiq Bin Faudzil bagi berkongsi TIPS dan waktu-waktu yang sesuai untuk melakukan senaman di bulan ini.

 

Coach Faiq telah senaraikan 5 TIPS untuk anda bagaimana nak kekal aktif di bulan Ramadhan:

  1. Pastikan Anda Bersahur

Lewat kan waktu bersahur. Makan makanan yang cukup serat dan seimbang, elakkan minum air berkafein dan berkabonat.

  1. Banyak lakukan solat sunat

Ada pergerakan fizikal dalam solat

  1. Lakukan senamam intensiti rendah

1 jam sebelum berbuka dengan heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum

  1. Pastikan tidur yang mengcukupi, 6-8 jam

Untuk pastikan muscle kita dpt recovery sebaiknya

  1. Pastikan melakukan regangan sebelum dan selepas berfutsal

Untuk mengelakkan anda cedera

 

Menurut Coach Faiq, waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini adalah pada waktu malam selepas isya' atau 30 minit - sejam sebelum berbuka puasa. Asalkan anda tidur cukup 6 jam.

 

Namun begitu apa senaman yang Coach Faiq lakukan pada bulan Ramadhan ini. Dia turut berkongsi:

  1. Melakukan senaman cardio pada waktu pagi (sebelum sahur) kerana ia menggunakan sumber tenaga kedua (lemak) sebagai bahan bakar
  2. Saya hanya melakukan slow-moderate cardio (skipping, lompat bintang, berjalan-jalan). Lebih kurang 1 jam sebelum sahur.
  3. Latihan bebanan (weight training) / high intesity training saya lakukan pada waktu malam. Selepas tarawih atau isyak. Paling lama pun 1 jam setengah.
  4. Hanya melakukan senaman ini 2 ke 3 kali seminggu atau paling maksimum 5 hari seminggu sudah memadai
  5. Tidak bersenam ketika waktu siang (puasa).
  6. Jika berfutsal, pastikan anda dapat rehat secukupnya selepas berfutsal. Contohnya, jika bekerja waktu pagi, perlu bangun 6 pagi, seeloknya main futsal selepas terawih 10-11 malam. Jangan main lewat malam untuk jaga badan untuk recovery keletihan bersukan.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie