Malaysian Civil Service Futsal Team Sasar Juara Edisi Sulung

Malaysian Civil Service Futsal Team bakal menyertai satu kejohanan julung kali diadakan bagi saingan serantau apabila Asean Civil Service Games 2015 ( ACSG ) akan berlangsung di Shah Alam. Kejohanan futsal peringkat Asean yang melibatkan penjawat awam ini bakal memulakan aksi pada 17 November hingga 19 November 2015. Aksi di Triways Sport Center, Padang Jawa Shah Alam ini turut disertai oleh Laos, Kemboja, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Malaysia selaku tuan rumah edisi pertama tersebut.

Malaysia yang diwakili pasukan yang menggelarkan pasukan mereka selaku ''Malaysian Civil Service Futsal Team'' telah diundi bersama-sama Singapura, Filipina dan Brunei di kumpulan B. Skuad negara yang dibimbing oleh Encik Zainal Bin Zolkefri ini mempunyai peluang yang cerah untuk menyinar kerana senarai pemain yang dipilih bagi menggalas tugas negara itu dilihat cukup bersedia dalam usaha menyajikan satu aksi serta keputusan yang memberangsangkan.

'' Kejohanan ini adalah yang pertama kali diadakan dan kita juga tak tahu dimana kemampuan pasukan lawan. Ditambah pula saya hanya ada seminggu untuk mempersiapkan pasukan namun itu bukanlah alasan untuk saya meletakkan sasaran sebagai juara bagi kejohanan ini berdasarkan pemain yang saya miliki.'' Ujar beliau.

Para pemain yang terpilih pula berdasarkan aksi mereka pada saingan Kejohanan Maksak 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuantan, Pahang tempohari. Berikut adalah senarai penuh pemain yang akan mewakili Malaysian Civil Service Futsal Team pada kejohanan ini :

  1. Khairul Rizuan B. Harif Pagilah ( Pahang )
  2. Mohd. Azrul Hairon ( Pahang )
  3. Muhamad Hiszuan B. Ahmad Fauzi ( Kuala Lumpur )
  4. Mohd. Faisal B. Saharudin ( Kuala Lumpur )
  5. Mohd. Ridhwan B. Zainal ( Kuala Lumpur )
  6. Tengku Azraff Fahimi Che Ku Sulong ( Terengganu )
  7. Muhammad Ameer Shafeeq Zaidi ( Terengganu )
  8. Zubaidee Bin Alwee ( Pulau Pinang )
  9. Muhammad Awaludin B. Hasan ( Selangor )
  10. Zulkiflie Bin Mohd. Ghazali ( Perak )
  11. Mohd. Fairooz B. Amannijas ( Perak )
  12. Deventhiran A/L Raman ( Perak )