Malaysia Mampu Lakukan Kejutan Di Kejohanan Futsal AFF 2017

Sebulan dari sekarang pasukan futsal negara akan beraksi di Kejohanan Futsal AFF 2017 yang akan berlangsung pada 26 Oktober - 6 November di Ho Chi Min City, Vietnam.

Jika melihat prestasi mereka di Sukan SEA tempoh hari tidak mustahil kali ini sekali lagi mereka mampu melakukan kejutan di sana.

Malaysia yang diundi berada di kumpulan B bersama Timor Leste, Laos dan Thailand tampak tidak menghadapi masalah untuk mereka mara ke pusingan separuh akhir sekaligus menempah slot ke Kejohanan Futsal AFC di Chinese Taipen Februari 2018.

Ayuh Malaysiaku kita cipta sejarah sekali lagi.

Berikut merupakan jadual lengkap AFF Futsal Championship 2017:

Khamis, 26 Oktober

Kumpulan A
Brunei DS vs Myanmar
Indonesia vs Filipina

Kumpulan B
Thailand vs Laos
Malaysia vs Timor Leste

Jumaat, 27 Oktober

Kumpulan A
Filipina vs Vietnam
Indonesia vs Brunei DS

Kumpulan B
Laos vs Malaysia
Timor Leste vs Thailand

Sabtu, 28 Oktober

Kumpulan A
Vietnam vs Indonesia
Myanmar vs Filipina

Kumpulan B
Thailand vs Malaysia
Timor Leste vs Laos