MALAYSIA DEAF TIGERS MENYEMPURNAKAN MISI TERAKHIR

22 Februari 2019 Bangkok, Thailand. Petang tadi, Skuad Futsal Pekak Negara menamatkan misi memburu tempat ke 5. Malaysia Deaf Tigers (MDT) mengalahkan Pasukan China dengan mata 13 – 8. 5 gol disumbangkan oleh Ketua Pasukan Mak Chee Weng pada minit 16’, 19’, 20’, 22’, dan 32. Muhammed Firdaus Sabudin berjersi no 4 menjaringkan sebanyak 4 gol iaitu pada minit 5’, 14’,18’ dan 40’. Haris Kamarudin menyumbang 3 gol iaitu jaringan pada minit 29’, 33’,36’ manakala Helmi Mat Sahad minit 20’.

Mengulas mengenai perlawanan ini, Pengurus Pasukan Futsal Orang Pekak Malaysia Mohd Yusri Abd Ghani menyatakan Ini merupakan pertemuan kali pertama dengan pasukan China dan menyifatkan kemenangan keatas pasukan China ini sangat penting demi menjaga rekod pertemuan diatas padang.

Tambahnya, “Rata-rata semua pemain kami mengalami kecederaan termasuk Mak Chee Weng. Beliau mengalami sedikit luka di bahagian lutut semasa menentang Thailand semalam tetapi saya kira, itu semua tidak menjadi halangan kerana saya lihat kesungguhan mereka yang mendorong pasukan ini berjaya’’.

Apabila ditanya mengenai cabaran yang dihadapi pasukan ini, “Antara cabaran kami di Kejohanan ini ialah latihan yang tidak mencukupi iaitu latihan kami terhad hanya sebulan sebelum menjelangnya kejohanan, hal ini desebabkan kami kekurangan dana bagi menanggung kos latihan yang panjang. Diharapkan ada beberapa pihak yang sudi tampil bagi membantu pasukan ini untuk menjadi lebih kuat untuk menghadapi kejohanan peringkat antarabangsa pada masa akan datang.”tambahnya.

Skuad Malaysia Deaf Tigers akan pulang ke tanah air daripada Bangkok pada 25 Februari ini dan dijangka tiba di Kuala Lumpur International Airport 1 pada jam 3.05 petang.

 

Artikel : Muhammad Nasrullah Kadiron