MAC FC Sertai World Futsal Championship

Pasukan MAC FC bakal membawa nama negara di peringkat antarabangsa apabila pasukan ini telah dijemput untuk menyertai World Futsal Championship yang akan berlangsung di ESPN Wide World of Sport Complex di Florida, USA.

11233996_10206528274678125_461003952629920727_n

Kejohanan yang akan berlangsung bermula 4 Ogos sehingga 11 Ogos ini bakal disertai oleh pasukan pasukan handalan dari seluruh negara. Kejohanan ini adalah kali kedua dianjurkan oleh pihak penganjur USA Futsal dan menurut pengurus pasukan MAC, pasukan MAC ini adalah pasukan pertama dari Asia yang bakal menyertai kejohanan ini.

11174905_10206528292118561_1125666827778882304_n

Menurut beliau kebanyakan pasukan yang bakal menyertai adalah pasukan dari Eropah, Amerika, Afrika dan mereka perlu menyertai pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat ke World Championship ini. Namun rezeki buat Juara Redbull Tri nation ini apabila mereka tidak perlu bermain di pusingan kelayakan, mereka terus dapat menempatkan diri di kejohanan tersebut. Tetapi pihak pasukan MAC perlu melepasi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur kejohanan.

Sebanyak 12 pasukan akan bertanding bagi kategori lelaki di mana pasukan MAC di undi di kumpulan C bersama pasukan Naples Futsal, Orlando Futsal United dan juga BNC Revolution A. Format kejohanan ini sedikit berbeza dari kejohanan yang lain dimana setiap johan kumpulan akan bertanding semula untuk merebut Piala emas, pasukan tangga kedua akan bertanding merebut Piala perak dan pasukan ketiga terbaik akan bertanding merebut Piala gangsa.

11027775_10206528277118186_6176557462900255664_n

Menurut pengurus pasukan MAC FC, Mimi Afzan beliau akan membawa 12 pemain ke USA dimana matlamat utama beliau untuk para pemain adalah untuk menimba ilmu dan meraih pengalaman yang mungkin hanya sekali semua hidup ini. Beliau berkata menang kalah itu adat permainan, cuma beliau berharap para pemain gembira dan dapat memberikan aksi terbaik dan tentangan di kejohanan tersebut.

Selain menyertai kejohanan ini, mereka juga dapat berpeluang untuk menyaksikan perlawanan Futsal All Star yang membariskan kelab dan para para pemain Profesional dunia seperti kelab Barcelona dan pemain dari Brazil Falcao. Mereka juga berpeluang untuk "meet and greet" bersama kesemua para pemain professional ini.

Semoga berjaya buat pasukan MAC FC di kejohanan tersebut.

Artikel Oleh : Umar Shafiz