MAC FC akur di tempat kedua.

Impian untuk beraksi di pentas dunia buat kali kedua tidak kesampaian apabila pasukan MAC FC tewas di perlawanan akhir Kejohanan Kia Champ Into The Arena hujung minggu lalu. Pasukan amatur ini pernah membawa nama Malaysia di World Futsal Championship, Florida USA tahun lalu akur dengan keputusan yang tidak menyebelahi pasukan ini di perlawanan akhir.

Kehadiran beberapa pemain ternama yang membarisi pasukan MAC FC ini tampak tidak memberikan mereka satu kelebihan. Tentangan sengit diberikan oleh pihak lawan dan kekebalan penjaga gol pasukan Puchong Fuerza telah membawa perlawanan akhir ditentukan dengan sepakan penalti.

Sekali lagi penjaga gol pihak lawan telah memadamkan impian MAC FC untuk ke France setelah beliau berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti. Menurut ketua pasukan MAC FC , Saiful Nizam ketika dihubungi, “kami sudah memberikan saingan yang terbaik dan mungkin rezeki tidak menyebelahi kami pada kali ini”

13092077_10154126611674798_4916441141842903684_n

Tambahan beliau,

“kekalahan tersebut akan menjadi satu pengajaran buat kami untuk menjadi satu pasukan yang lebih baik dan saya berharap semua pemain dapat bangkit semula untuk kejohanan yang akan datang”.

Pasukan MAC FC yang berpengkalan di Shah Alam ini akan beraksi di Grand Final Super Cup Extravaganza, 7 Mei ini di UPSI, Tanjung Malim Perak.

11220813_10154126612234798_3316721570968247158_n