M7 All Star Sabah Raja Futsal Terengganu!

Pasukan asal dari Sabah, M7 All Star Sabah mencuba nasib untuk beraksi di Raja Futsal Sirkit Terengganu yang berlangsung pada Sabtu lepas di Arena Sports Centre.

Percubaan mereka membuahkan hasil apabila berjaya mengesahkan tempat ke Grand Final Raja Futsal selepas melalui tentangan sengit di peringkat separuh akhir.

Mereka berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, KKTRWT (B) 3-2 sebelum menewaskan pasukan Keropok Dungun 1-0 untuk dinobatkan sebagai Raja Futsal Terengganu. Selaku juara di sirkit ini pasukan M7 All Star Sabah membawa pulang membawa pulang wang tunai RM 1000 dan medal.

Syabas buat finalis di Terengganu ini. Selepas ini kita ke Kelantan pula. Jumpa di sana!