Liga Futsal Kebangsaan 2017 Kembali

Setelah hampir setahun ketiadaan Liga Futsal Kebangsaan, akhirnya Liga ini akan kembali pada tahun ini dan bakal membuka tirainya pada 11 Februari 2017 ini.

Sebanyak 10 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita akan mengambil bahagian dalam Liga Futsal Kebangsaan 2017.

Bagi musim ini perlawanan secara liga dua pusingan iaitu setiap pasukan akan bermain sebanyak 18 (kategori lelaki) dan 12 (kategori wanita) perlawanan iaitu dua perlawanan pada setiap pusingan

Penarikan 3 pasukan bagi edisi kali ini telah mengejutkan para peminat. 3 pasukan tersebut bukan calang-calang pasukan iaitu Selangor MPSJ, Selangor dan juga Kedah. Seperti kita tahu ketiga-tiga pasukan ini sering menjadi pencabar utama di LFK dan melahirkan ramai pemain.

Ketiadaan mereka diambil peluang buat 3 pasukan baru yang penampilan pertama mereka di liga ini iaitu pasukan Pulau Pinang MBPP FC, Kuala Lumpur City FC dan Kuala Lumpur Petaling Putra FC. 

Liga Futsal Kebangsaan 2017 yang dijangka akan tamat pada bulan Mei tahun ini akan berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim. Lokasi ini dipilih berikutan mencapai syarat-syarat sebagai satu lokasi kejohanan. Malah sebelum ini juga lokasi ini digunakan untuk Kejohanan Futsal Bawah 19 Tahun Piala Raja Iskandar Dzurkarnain dan Liga Institut Pengajian Tinggi 2016.

Kembalinya Liga Futsal Kebangsaan pada tahun pasti akan merancakkan lagi arena futsal Malaysia dan ia akan memberikan peluang buat para pemain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan .

Berikutan beberapa kejohanan antarabangsa akan berlangsung selepas ini antaranya Sukan SEA 2017, Kejohanan Futsal AFF 2017, Kejohanan Futsal AFC bawah 20 tahun dan juga Kejohanan Sukan Indoor 2017.

Kembalinya liga pada musim ini akan membantu barisan jurulatih pasukan kebangsaan untuk menilai pemain baru yang boleh diserapkan di dalam pasukan kebangsaan.