Liga Futsal IPT 2017 Memasuki Tahun Ke 8 Penganjuran

Tahniah diucapkan buat penganjur Liga Futsal IPT iaitu International Islamic University Malaysia (IIUM) selaku urusetai kejohanan di atas penganjuran Liga Futsal IPT yang kini sudah memasuki tahun ke 8.

Seperti kita tahu liga futsal IPT antara satu kejohanan futsal utama di Malaysia dan menjadi medan untuk para pemain muda terutama mahasiswa untuk mengembangkan bakat mereka. Sejajar dengan objektif mereka ternyata banyak pemain yang lahir dari Liga Futsal IPT yang kini sudah bermain di peringkat tertinggi.

Bagi musim 2017 ini yang akan memulakan tirainya esok pihak urusetia telah membawa pembaharuan bagi edisi kali ini dimana tiga fasa akan berlangsung bagi kategori lelaki, satu kategori di Borneo, dua karnival futsal IPT wanita dan Piala LFIPT.

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang menjadi destinasi pertama bagi penganjuran fasa 1 Liga Futsal IPT yang bermula esok sehingga 9 April 2017 ini.

Masih menggunakan format seperti edisi tahun lalu dimana dua division akan berlangsung iaitu Liga Super dan Liga Perdana.

Semoga berjaya buat kesemua pasukan yang akan beraksi pada musim ini.

Berikut merupakan senarai pasukan yang akan beraksi :

Liga Super

UiTM

KK Selangor

UniKL

UPSI

Uniten Putrajaya

Uniten Muadzam Shah

UKM

KPTM Bangi

Liga Premier

UTHM

UiTM Pahang

IIUM

UMT

UUM

UniSZA

Politeknik Terengganu

Politeknik Selangor

Politeknik Negeri Sembilan

Politeknik Johor

Politeknik Melaka

Politeknik Pahang