Liga Futsal IPT 2016

Sebanyak 44 pasukan lelaki dan 13 pasukan wanita bakal bersaing di pusingan kelayakan Liga Futsal IPT 2016 untuk melayakkan pasukan mereka di liga musim ini. Pusingan kelayakan ini akan bermula pada 17 Mac sehingga 21 Mac ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

11227564_10208040678287270_1085916742599817006_n

Bermula tahun ini Liga Futsal IPT akan bertukar formatnya apabila bagi kategori lelaki ia akan dibahagikan kepada dua liga iaitu Liga Super dan Liga Primier manakala bagi kategori wanita akan hanya ada satu sahaja iaitu Division KFIPT. Terdapat satu lagi Piala yang juga akan berlangsung iaitu Piala KFIPT yang hanya bagi pasukan lelaki sahaja.

Bagi Liga Super empat pasuan teratas di dalam Grand Finale KFIPT 2015 telah layak secara automatik dan 4 pasukan teratas dalam pusingan kelayakan akan menyertai mereka di liga super, manakala bagi liga premier lapan pasuan yang berkedudukan 5-12 di pusingan kelayakan akan bermain di liga ini.

Division LFIPT pula bagi kategori wanita, 4 pasukan teratas di dalam Grand FInal KFIPT 2015 telah layak secara automatik dan akan ditambah 4 pasukan teratas di pusingan kelayakan.

Ketiga tiga liga ini akan bermain di dua pusingan. Pusingan pertama bakal berlangsung pada bulan Mei manakala pusingan kedua pada bulan September.

Bagi pasukan Ipta/Ipts di Sabah dan Sarawak mereka akan bermain Liga Futsal IPT zon Borneo. Liga IPT zon Borneo akan berlansung serentak di Sabah dan Sarawak pada bulan Ogos.

Lapan pasukan daripada liga super, 3 pasukan dari liga premier dan 1 pasukan dari zon Borneo (Sabah/Sarawak) akan bersaing di piala Liga Futsal IPT pada bulan September ini.

Semoga berjaya buat kesemua pasukan yang bakal bersaing di pusingan kelayakan Liga Futsal IPT 2016.