LFK2018 Melabuhkan Tirai!

Ahad lalu Liga Futsal Kebangsaaan (LFK) 2018 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Perlawanan ini bermula Februari lalu yang disertai 10 pasukan bagi kategori lelaki dan 8 pasukan bagi kategori wanita.

Pelbagai aksi-aksi menarik yang dipamerkan oleh pemain bagi setiap pasukan. Tambahan pula, perlawanan ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada penyokong-penyokong futsal tanah air sepanjang perlawanan ini diadakan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Liga ini menjadi lebih menarik apabila Melaka United berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 18 perlawanan. Di ikuti pasukan Perak di tangga kedua liga manakala Selangor United MPSJ di tangga ketiga.

Bagi kategori wanita, KL Felda United FC berjaya menjadi juara berturut-turut dengan mencatatkan 12 menang, 1 seri dan 1 kalah. Manakala, di tangga kedua pasukan Selangor United MPSJ dan di tangga ketiga adalah pasukan Sabah.

Senarai pemenang LFK2018:

Kategori Lelaki
Johan : Melaka United
Naib Johan : Perak
Ketiga : Selangor United MPSJ
Pemain Terbaik : Abu Haniffa Hasan
Penjaring Terbanyak : Muhammad Azri Rahman

Kategori Wanita
Johan : KL Felda United
Naib Johan : Selangor United MPSJ
Ketiga : Sabah
Pemain Terbaik : Siti Asnidah Zamri
Penjaring Terbanyak : Zur’ain Kamarudin